Jumlah mangsa akibat fenomena air pasang besar yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di Selangor masih kekal 237 mangsa, sejak malam tadi sehingga 8.30 pagi ini.
Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu, seramai 123 mangsa daripada 44 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Kapar manakala 114 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di Dewan Palembang, Rantau Panjang, Klang.
Beliau berkata selain itu, ban Tebuk Mendeling dan Sungai Air Tawar di Sabak Bernam yang telah dibaiki semalam, pecah semula ketika air pasang bagaimanapun kawasan penempatan tidak terjejas dan masih berada dalam keadaan selamat.
"Keadaan terkawal di kawasan tersebut susulan pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) telah mengepam air banjir keluar dari kawasan penempatan penduduk," katanya.
Fenomena air laut pasang besar dilaporkan berlaku selama lima hari bermula semalam di beberapa pesisir pantai Selangor dengan ketinggian paras air dijangka mencecah sehingga 5.6 meter.
Dua daerah iaitu Klang dan Sabak Bernam dikategorikan sebagai zon merah atau kawasan berisiko tinggi dilanda banjir manakala tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang sebagai zon kuning, kawasan berisiko sederhana. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 15 2016
Seorang penduduk membersihkan titi kediamannya yang terletak berhampiran ban yang pecah di Kampung Seri Keramat Batu 5 akibat fenomena air pasang besar ketika tinjauan di Kapar, hari ini, 15 Nov, 2016 - fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Pencari siput ditemui lemas selepas 12 jam hilang
Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 1.49 pagi pada Isnin, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Pulang dari bercuti, fenomena air pasang sumbang peningkatan mangsa banjir di PPS
Walaupun hujan sudah berkurangan dan cuaca semakin baik, jumlah mangsa banjir di negeri Kedah terus meningkat.
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing
Empat kanak-kanak maut dalam sebuah kejadian air pasang yang berlaku di sebuah pantai di Quebec pada Sabtu.
Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga
Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.
Air pasang luar biasa di Tanjung Aru, 11 rumah terjejas, 2 roboh dilanda ombak
Susulan itu, polis mengarahkan kesemua penduduk yang terkesan agar mengosongkan kediaman dan berpindah ke tempat selamat.
Banjir: Mangsa di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar pula
Selepas menghadapi banjir termenung atau banjir genang, mangsa di Daerah Bagan Datuk kini berdepan pula dengan fenomena air pasang besar.
Banjir Langkawi: 1 PPS dibuka malam ini tempatkan 37 mangsa
Seramai 37 mangsa banjir di langkawi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa, di Padang Mat Sirat di sini, malam ini.
APM nafi empangan Sungai Sembrong dibuka susulan banjir kilat
Angkatan Pertahanan Awam (APM) menafikan pintu Empangan Sungai Sembrong di Batu Pahat dibuka susulan banjir kilat berlaku di Sri Gading seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Fenomena air pasang Kuala Kedah: Penduduk diingatkan supaya tidak ambil ringan
Paras air laut meningkat setinggi 2.9 meter mengakibatkan air melimpah dan memenuhi jalan raya dan premis perniagaan.