SUNGAI PETANI:Kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa mukim di daerah Kuala Muda pada Sabtu dipercayai disebabkan fenomena air pasang besar yang berlaku lewat petang semalam serta masalah sistem perparitan.
Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim, berkata hujan lebat berterusan bermula sekitar jam 3 petang sehingga lewat malam telah menyebabkan air tidak mengalir dengan cepat ke sungai dan laut.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan banjir yang berlaku khususnya di mukim Sungai Petani telah surut sepenuhnya sekitar jam 7 pagi tadi.
"Sebenarnya banjir kilat ini disebabkan hujan yang lebat sangat mula pukul 3 petang tu, dalam masa yang sama juga ada air pasang besar, makna air tak dapat mengalir dengan cepat ke saliran, sungai atau ke laut," katanya di sini, pada Ahad.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Perumahan Negeri Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee, berkata akan mengusulkan cadangan bagi pembinaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Petani yang bernilai RM150 juta meskipun ia tidak tersenarai dalam projek yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
"Memang ini berlaku disebabkan sistem parit tetapi... dua tiga bulan yang lepas nasib baik JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) sudah cuci, sudah bersihkan sudah dalamkan (parit dan sungai) dekat kawasan sekitar... kalau tak (buat) tentu banjir lebih buruk.
"Kita akan teruskan (untuk cadang laksanakan) RTB Sungai Petani, walaupun dalam RMK-12, ia tak dimasukkan dalam RMK-12," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan di kediaman penduduk yang terjejas banjir sekitar Kampung Raja Wad Siam, Sungai Petani pada Ahad.
Dalam perkembangan berasingan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda. Assisten Komisioner Adzli Abu Shah mengesahkan bahawa kesemua jalan yang ditutup susulan banjir kilat yang berlaku sejak malam tadi telah dibuka sepenuhnya hari ini.
Beliau turut menasihati penduduk sekitar daerah Kuala Muda agar sentiasa berhati-hati terutama ketika memandu dalam keadaan hujan lebat selain mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
ENDS..
Abd Hadi Che Awang
Sun Nov 29 2020

Banjir kilat yang berlaku khususnya di mukim Sungai Petani telah surut sepenuhnya sekitar jam 7 pagi tadi. -Astro AWANI

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh, pemilihan parti diteruskan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO akan ditentukan kemudian.

Lebih 500 individu daftar sebagai sukarelawan vaksinasi fasa percubaan di HUS
Lebih daripada 500 sukarelawan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam percubaan vaksin COVID-19 di Sarawak.

Larang Rentas Negeri | Tinjauan Lorong tikus di Pasir Puteh
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan.

Banjir | Terengganu dijangka tidak berdepan gelombang keenam
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan Terengganu ketika ini dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan gelombang banjir keenam.

Harga Sayur | Alami kenaikan mendadak
Harga sayur-sayuran di Kedah mengalami peningkatan yang mendadak sejak awal bulan ini.

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.

Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu: Permit kontraktor kuari digantung sementara
Mohamed Zin berkata, kajian terperinci turut akan dilakukan di kawasan zon rizab sungai bagi mengelakkan berlakunya mendapan sungai.

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol
Beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.

Dua sepupu ditahan cuba seludup dadah ketika PKP
Tindakan lelaki menyeludup dadah melalui jalan tikus ketika PKP gagal selepas ditahan Polis Melaka.

UMNO | Beri peluang kepada Zahid sehingga tamat penggal
Terdapat pandangan dan gesaan beberapa pemimpin dan ketua sayap UMNO negeri agar parti itu mengadakan pemilihan segera bagi menyelesaikan kemelut dan menentukan hala tuju parti Melayu terbesar itu.

Pulau Manukan antara kawasan yang terjejas akibat banjir di Sabah
Limpahan air daripada bukit berhampiran pulau diikuti dengan air pasang menyebabkan banjir.

Beberapa kawasan di Kota Kinabalu, Manggatal, Inanam, Likas dilanda banjir kilat
Hujan lebat sejak sekitar jam 6 petang Sabtu mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu, Manggatal, Inanam dan Likas dinaiki air.

Kuching dilanda banjir kilat awal pagi
Hujan luar biasa bersama fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dinaiki air awal pagi tadi.

Amaran cuaca bahaya di beberapa kawasan di Johor - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya (merah) di beberapa kawasan di Johor.

Myvi dihanyut arus, pemandu terperangkap diselamat pengguna jalan raya
Ketika kejadian kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dari arah Plaza Tol Chukai menghala bandar Kemaman.

Sistem takungan banjir perlu dibina di kawasan Hulu Kelang - Pakar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) disarankan membuat pengezonan tanah simpanan untuk kegunaan takungan air.

Penebangan hutan, saluran paip punca banjir kilat di Zoo Negara?
Sebuah rakaman memaparkan detik cemas menyelamatkan beberapa ekor haiwan yang terperangkap selepas Zoo Negara dilanda banjir, tular di laman sosial.

MetMalaysia keluarkan amaran cuaca bahaya di Kelantan, Terengganu
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis mengeluarkan Amaran Cuaca Bahaya (merah) di dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Pasar Payang dilanda banjir kilat malam tadi
Daerah yang terlibat hari ini ialah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Kemaman, malah proses pemindahan mangsa masih berjalan di beberapa daerah lain pagi ini.

Peti ais antara sampah dalam sungai sekitar Manjoi
Dasar sungai menjadi cetek sekali gus tidak mampu menampung kuantiti air hujan yang banyak.