MALAYSIA
Air pasang besar Pekan Kukup: Peniaga lali, pengunjung teruja
Fenomena air pasang sekitar 11 pagi hari ini menarik perhatian orang ramai di pesisir Kukup. - Foto Bernama
PONTIAN: Fenomena air pasang besar di daerah Pontian bukanlah perkara baharu, namun tetap menjadi tarikan pengunjung yang ingin melihat dari dekat limpahan air laut serta merasai sendiri pengalaman berada di kawasan yang dinaiki air.
Ringkasan AI
Tinjauan Bernama sejak 9 pagi di pekan itu mendapati paras air mula meningkat sehingga paras betis bermula kira-kira 10.45 pagi sebelum melimpah ke sekitar laluan utama.
Keadaan itu bagaimanapun tidak menjejaskan pergerakan penduduk dan pengunjung, malah ada yang dilihat bermain air cetek sambil merakam gambar sebagai kenangan.
Peniaga kedai makan Zaidi Abu Bakar, 52, berkata fenomena itu sudah sebati dengan kehidupan penduduk Kukup dan tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang membimbangkan.
"Pengalaman air naik macam ni dah biasa...dulu setahun sekali, tapi sekarang boleh jadi tiga hingga empat kali setahun. Saya dah lebih 30 tahun berniaga di sini, memang dah lali. Nak pindah pun tak terfikir sebab semua orang sini dah biasa dengan keadaan macam ni," katanya.
Menurutnya, meskipun air melimpah sehingga ke kaki lima kedai, pelanggan tetap datang menikmati makanan seperti biasa, malah ada yang menganggap suasana itu sebagai sebahagian keunikan Kukup.
"Kadang-kadang pelanggan kata suasana macam ni lain daripada tempat lain, sambil makan boleh tengok air naik. Jadi bukan penghalang, malah ada yang suka," katanya yang berniaga nasi berlauk.
Senada, peniaga makanan ringan, Zulkifli Mohd Hafan, 47, berkata fenomena itu lazimnya berlaku pada hujung tahun, namun kini semakin kerap dan paras air hari ini lebih tinggi berbanding sebelumnya.
"Sejak Khamis air dah mula naik. Jumaat tak tinggi sangat, tapi hari ini sampai bawah lutut. Angin pun kuat, cuaca mendung, itu yang buat air naik cepat. Macam saya tak fikir nak pindah sebab dah biasa saya cuma angkut barang ke tempat tinggi sikit.
"Saya bina tembok kecil untuk halang air masuk ke dalam. Sekarang air tak masuk sebab ada tembok, tapi kalau esok naik lagi, ada kemungkinan juga boleh masuk.
"Apa pun, kami dah biasa. Pelancong yang datang pun singgah beli makanan, tanya pasal fenomena ni. Jadi saya anggap ini sebahagian lagi tarikan Kukup," katanya.
Sementara itu, pengunjung Suziana Md Desa, 33, berkata setiap hujung tahun dia dan keluarganya memang menantikan fenomena air pasang besar tersebut.
Katanya fenomena itu turut menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara yang kelihatan teruja melihat sendiri limpahan air laut di kawasan pekan lama itu.
"Saya datang sini bawa anak-anak saudara yang nak mandi dan main air. Memang setiap kali air pasang kami akan datang tapi dalam keseronokan itu, keluarga tetap pesan jaga keselamatan sebab kanak-kanak mudah leka, jadi orang dewasa kena pantau," kata anak jati Pontian itu.
Seorang lagi pengunjung yang mahu dikenali sebagai Hafifi, 35, menyifatkan kedatangannya ke negeri ini sebagai rezeki kerana berpeluang melihat air pasang besar.
"Saya dari Sungai Penchala dua hari lepas, datang bercuti ke rumah keluarga di Gelang Patah. Bila dimaklumkan ada air pasang besar yang tidak bahaya, saya ambil peluang. Saya lebih kepada nak merasai dan melihat keadaan air naik dan seronok tengok kanak-kanak main air," kata pekerja swasta yang berasal dari Kuala Lumpur itu
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Fenomena air pasang besar di daerah Pontian menarik minat pengunjung yang ingin melihat limpahan air laut dan pengalaman berada di kawasan yang dinaiki air.
- Peniaga tempatan menyatakan bahawa air pasang yang semakin kerap tidak mengganggu perniagaan, malah ada yang menganggap fenomena ini sebagai tarikan unik Kukup.
- Pengunjung tempatan dan luar negara turut tertarik dengan fenomena air pasang besar di Pontian, namun keselamatan tetap menjadi keutamaan dalam menikmati pengalaman tersebut.