awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar: Tujuh daerah berisiko banjir dalam kadar biasa

Bernama
Bernama
13/11/2016
13:06 MYT
Air pasang besar: Tujuh daerah berisiko banjir dalam kadar biasa
Fenomena banjir dijangka dalam kadar biasa dan bukannya ekstrem. - Gambar fail
Sebanyak tujuh daerah di Perak dikenal pasti berisiko mengalami banjir akibat fenomena air laut pasang besar yang dijangka berlaku mulai esok sehingga 21 November.
Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata kawasan terlibat adalah Hulu Perak; Kerian; Larut, Matang dan Selama; Manjung; Perak Tengah; Hilir Perak dan Bagan Datoh.
"Kebarangkalian kawasan berisiko itu akan berlaku banjir berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelum ini, namun fenomena tersebut dijangka dalam kadar biasa dan bukannya ekstrem.
"Daerah lain yang tidak berisiko dengan fenomena air pasang besar diminta turut berhati-hati dan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohd Noor Hassan berkata Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung diminta melakukan rondaan pemantauan setiap empat jam di kawasan berisiko banjir.
Selain itu, beliau meminta semua Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, ketua kampung serta ketua jabatan dan agensi berkaitan melakukan persediaan termasuk menasihati penduduk di kawasan terlibat.
"Kita minta mereka menasihati penduduk di kawasan berisiko supaya menyimpan dan menempatkan dokumen penting di tempat mudah dicapai untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat.
"Memaklumkan kepada ketua isi rumah supaya berpindah ke pusat pemindahan yang ditetapkan apabila diarah dan ketua jabatan peringkat daerah hendaklah sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya keadaan memerlukan," katanya.
Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena air pasang besar dijangka berlaku sekali lagi bulan ini dengan paras air laut paling tinggi iaitu 2.8 meter hingga 3.5 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#banjir
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan