Air Selangor: Sila hubungi talian bebas tol 15300

Bernama
November 27, 2020 10:28 MYT
Air Selangor hari ini memaklumkan, pengguna disaran untuk menghubungi pihaknya di talian 15300 yang beroperasi 24 jam sehari untuk sebarang pertanyaan, cadangan dan aduan mengenai perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Air Selangor memaklumkan kepada para pengguna bahawa talian bebas tol 1-800-88-5252 tidak lagi diguna pakai mulai 1 Dis 2020.
Air Selangor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pengguna disaran untuk menghubungi pihaknya di talian 15300 yang beroperasi 24 jam sehari untuk sebarang pertanyaan, cadangan dan aduan mengenai perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sebarang pertanyaan, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com atau rujuk kesemua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau e-mel ke wecare@airselangor.com
-- BERNAMA
#Air Selangor #pengguna air #Selangor #Kuala Lumpur #Putrajaya #Facebook #Twitter #Instagram #bekalan air #aplikasi Air Selangor