awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pemandu warga emas maut, van bawa rombongan terbabas
HIBURAN
[KOLUMNIS] Jalan panjang menuju Laos: Dari Viantiane ke Luang Prabang
DUNIA
41 terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat IRGC di utara Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Air Terjun Gunung Ledang dibuka semula bulan depan

Bernama
Bernama
16/06/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
Air Terjun Gunung Ledang dibuka semula bulan depan
Air Terjun Gunung Ledang yang telah ditutup sejak setahun lalu bagi kerja-kerja naik taraf, akan dibuka semula kepada umum bulan depan. - Gambar fail/BERNAMA
TANGKAK: Air Terjun Gunung Ledang yang telah ditutup sejak setahun lalu bagi kerja-kerja naik taraf, akan dibuka semula kepada umum bulan depan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia berita baik buat penggemar khazanah alam sekitar apatah lagi dengan penganjuran Karnival Gunung Ledang.
Beliau berkata kerajaan negeri optimis untuk memastikan Gunung Ledang di daerah itu akan sentiasa dikunjungi selain turut mempergiat promosinya.
"Saya gembira dimaklumkan bahawa pengurusan Air Terjun Gunung Ledang turut akan menyediakan tapak pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan juga tapak caravan bagi menambah daya tarikan pelancong ke kawasan ini.
"Saya turut melawat dan melihat sendiri fasiliti di Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda). Saya meneliti perlunya perancangan yang rapi untuk menaik taraf chalet dan pondok, demi menarik lebih ramai pengunjung ke taman negara ini," kata beliau dalam satu hantaran di Facebook, hari ini,
Justeru, beliau berkata kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk memperhalusi segala keperluan dan bajet bagi menaik taraf serta mempromosikan Gunung Ledang dengan lebih berkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Terjun Gunung Ledang
#dibuka semula
#Johor
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami