awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Terjun Sungai Gabai ditutup kepada pengunjung

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2022
21:30 MYT
Air Terjun Sungai Gabai ditutup kepada pengunjung
Keadaan Air Terjun Sungai Gabai yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir ditutup kepada pengunjung. -Foto Sinar Harian
HULU LANGAT: Pusat rekreasi Air Terjun Sungai Gabai Hulu Langat yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir ditutup kepada pengunjung berikutan tidak selamat untuk dikunjungi.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dalam kenyataannya di Facebook memaklumkan, penutupan itu dilakukan atas nasihat Jabatan Perhutanan dan Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
"Pusat Rekreasi Air Terjun Gabai didapati tidak selamat dikunjungi.
"Malah LiSA (Life Saving Appliances) yang ditempatkan oleh bomba juga hanyut dibawa arus," kata kenyataan itu pada Isnin.
Sebelum ini tular beberapa video dan gambar mengenai keadaan teruk di Air Terjun Sungai Gabai berikutan banjir melanda kawasan itu pada Disember tahun lalu.
Beberapa video dan gambar menunjukkan terdapat banyak pokok tumbang dan tanah runtuh di kawasan terbabit.
Menerusi perkongsian video pada aplikasi TikTok seorang lelaki menunjukkan keadaan persekitaran air terjun itu selepas dilanda banjir.
Menurutnya, keadaan air terjun itu yang dahulunya sangat cantik dan hijau kini berubah dalam sekelip mata.
"Air.....semestinya (berubah warna seperti) teh susu. Tempat ini sudah jauh berubah," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Air terjun Sungai Gabai
#banjir
#BBP Bandar Tun Hussein Onn
#Pokok tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan