AirAsia Bhd akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak Permohonan Pembatalan oleh AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd berkaitan pembayaran Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang belum dibayar kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB).
Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun berkata pihaknya akan memohon penangguhan pelaksanaan selain mencabar tindakan MASSB dan syarikat induknya Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), dengan menggunakan semua peruntukan undang-undang yang ada.
Mereka berkata AirAsia juga mengekalkan bahawa tindakan MASSB dan MAHB itu menjadi beban kepada rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan.
"Kami mahu mengulangi bahawa langkah undang-undang ini bukan hanya berkaitan AirAsia dan MAHB.
"Sekiranya kami kalah di peringkat mahkamah rayuan tertinggi, maka penumpang terutamanya rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan perlu membayar perbezaan yang dikenakan oleh MAHB.
"Kami percaya rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapat tawaran yang lebih adil," kata mereka dalam satu kenyataan.
Kedua-dua pengasas itu berkata wang yang dituntut daripada AirAsia oleh MAHB itu adalah dikutip daripada penumpang dan AirAsia tidak mengutip perbezaan jumlah tersebut atau enggan membuat pembayaran kepada MAHB.
MAHB mengenakan PSC baharu sebanyak RM73 bagi penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke destinasi luar ASEAN berkuat kuasa Julai 2018.
Jumlah itu, menurut Fernandes dan Kamaruddin, adalah RM23 lebih tinggi berbanding kadar sebelum ini iaitu RM50 yang AirAsia telah terus kutip daripada penumpang.
Oleh yang demikian, hampir lima juta penumpang telah mendapat faedah daripada PSC yang lebih rendah.
"AirAsia sejak awal lagi tidak bersetuju dengan kenaikan PSC kerana penumpang yang menggunakan klia2 tidak boleh dipaksa untuk membayar caj yang sama berbanding KLIA yang memiliki kemudahan lebih baik dan lebih mewah.
"Atas prinsip itu, AirAsia tidak mengutip caj tambahan yang dikenakan oleh MAHB berkenaan," kata mereka.
Fernandes dan Kamarudin berkata syarikat tambang rendah itu juga telah meminta supaya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), yang dibiayai oleh awam menerusi Caj Perkhidmatan Kawal Selia RM1 bagi setiap penumpang, menjadi orang tengah seperti diperuntukkan mengikut Akta Mavcom.
"Sebaliknya, Mavcom enggan campur tangan. Kami akan terus mencabar keputusan Mavcom untuk tidak mahu campur tangan, yang secara jelas bertentangan dengan peruntukan mengikut Akta Mavcom.
"Kegagalan Mavcom untuk campur tangan dan menjadi pengantara juga menyebabkan berlakunya ketidaksepakatan lebih besar dalam industri ini, sekali gus mengakibatkan ketibaan pelancong susut secara ketara selain menjejaskan ekonomi negara," kata mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat berkata: "Malah, tiada Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) yang terikat disediakan oleh MAHB bagi penggunaan klia2 oleh AirAsia, kecuali Perjanjian Syarat Penggunaan (COU) yang ditetapkan hanya oleh MAHB dan dikenakan terhadap AirAsia atas asas nak terima atau tidak.
"Secara berterus-terang, MAHB ada meminta input daripada AirAsia bagi COU itu tetapi tiada satu pun maklum balas kami diambil kira.
"AirAsia telah meminta perundingan selanjutnya berkaitan COU tersebut dan masih menunggu respons MAHB."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2019

Tony Fernandes berkata, AirAsia percaya rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapat tawaran yang lebih adil. - Gambar fail

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.

Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi digantung sementara
Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi tidak ditamatkan, tetapi hanya digantung untuk sementara waktu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee.

AirAsia raih pengiktirafan utama di World Travel Awards 2023
AirAsia meneruskan kemenangan di World Travel Awards (WTA) 2023 -- Asia dan Oceania -- dengan merangkul dua anugerah utama.

Tony Fernandes jual semua saham dalam QPR, tumpu bangun semula perniagaan penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah menjual keseluruhan pegangan sahamnya dalam QPR Holdings Ltd, syarikat induk Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR).

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Pahamin
Fahmi menerusi catatan di Facebook hari ini mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian itu.

Tidak akan ada AirAsia tanpa Pahamin, kata Fernandes
Fernandes berkata walaupun mereka tidak begitu selalu berjumpa, Pahamin sentiasa berhubung dan seorang penyokong yang hebat.

'Kalaulah saya ada peluang...' - Leona luah rasa sedih pemergian datuk kesayangan
Kata Leona, dia masih tidak percaya dengan pemergian datuknya itu dan berharap diberikan kesempatan untuk bertemu dengan arwah.

Sarvysswharrann terima Anugerah Duta Penerbangan Terbanyak Kanak-Kanak MBOR
Kriteria MBOR bagi anugerah itu adalah seseorang kanak-kanak itu pernah sekurang-kurangnya menerima tiga anugerah duta penerbangan.

AirAsia lebarkan sayap, tambah 19 pesawat A320 tahun ini
Ia bakal menyokong usaha syarikat itu untuk meraih semula 100 peratus kapasiti sebelum pandemik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-14 di Skytrax
AirAsia telah dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 untuk kali ke-14 berturut-turut, sekali gus menjadikan syarikat pene

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.