AirAsia Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM803.85 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2020, berbanding keuntungan bersih RM96.09 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, meskipun cabaran besar dalam industri penerbangan, kumpulan itu mencatatkan pulang modal pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (RM29,000) berikutan pengurusan kos dan kapasiti yang proaktif, ditambah dengan prestasi kukuh daripada perniagaan bukan penerbangan.
Kerugian kumpulan disebabkan terutamanya kerugian nilai saksama bagi derivatif berjumlah RM270.1 juta, kerugian penyelesaian lindung nilai bahan api sebanyak RM110.0 juta dan susut nilai tambahan serta faedah liabiliti pajakan bagi mengendalikan pesawat pajakan, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Sementara itu, hasilnya susut kepada RM2.31 bilion daripada RM2.73 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
AirAsia dalam satu kenyataan pada Isnin berkata meskipun ia bermula tahun ini dengan prestasi kukuh pada Januari 2020, penularan COVID-19 serta peningkatan sekatan perjalanan dan kawalan sempadan disebabkan pandemik itu telah menyebabkan kemerosotan permintaan perjalanan udara pada Februari dan Mac.
"Penurunan kerusi tersedia bagi setiap kilometer (ASK) sebanyak 19 peratus adalah disebabkan terutamanya pengurusan kapasiti proaktif bagi mengurangkan impak tersebut.
"Bagi suku tersebut, hasil sampingan juga susut sebanyak 16 peratus tahun ke tahun kepada RM556 juta berikutan penurunan hasil sampingan syarikat penerbangan yang jatuh 28 peratus terutamanya disebabkan penghapusan fi pemprosesan dan jumlah penumpang yang dibawa kurang daripada 22 peratus. Hasil sampingan bukan penerbangan meningkat 27 peratus tahun ke tahun," kata syarikat penerbangan itu.
Presiden Kumpulan AirAsia (penerbangan) Bo Lingam berkata syarikat penerbangan itu telah memulakan semula operasinya secara berfasa bagi setiap pasaran dan buat masa ini ia menumpukan kepada pasaran domestik sebelum membuka ke pasaran ASEAN dan seterusnya ke pasaran Asia apabila sempadan mula dibuka semula.
Beliau berkata sejak bermulanya operasi domestik pada lewat April, syarikat penerbangan itu mendapat rangsangan daripada peningkatan faktor muatan minggu demi minggu, dan ia menyasar menambah kekerapan penerbangan kepada kira-kira 50 peratus.
Ketika ini, syarikat penerbangan itu mengendalikan 191 penerbangan harian di seluruh rantau ini.
Mengenai prospek kumpulan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan itu mengambil kesempatan daripada krisis tersebut untuk menyusun semula kumpulan yang mana telah membawa hasil positif apabila berjaya mengurangkan perbelanjaan tunai sebanyak sekurang-kurangya 50 peratus tahun ini.
"Mengenai operasi syarikat penerbangan, kami mendapat dorongan daripada permintaan yang kembali kukuh sejak operasi disambung semula pada lewat April 2020 dan kami menjangkakan ini akan berterusan dalam bulan-bulan yang akan datang. Produk inovatif kami, AirAsia Unlimited Pass, habis terjual dengan pantas. Ini memberikan prospek yang baik bagi kami untuk bersaing pasca Covid-19.
"Perjanjian jualan dan pajakan balik memberi manfaat dalam situasi sekarang, kerana pajakan menyediakan ruang dan keanjalan bagi merundingkan semula kontrak dengan pembekal dan penyewa kami yang begitu menyokong," katanya.
Selain itu, katanya, kumpulan itu juga melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan modal kerja yang mencukupi semasa tempoh mencabar ini seperti mendapatkan penangguhan pembayaran daripada pembekal dan pemberi pinjaman, menyusun semula sebahagian besar lindung nilai bahan api serta meningkatkan mudah tunainya dengan memohon pinjaman bank di negara-negara yang ia beroperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 06 2020
AirAsia Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM803.85 juta bagi suku pertama 2020. - Bernama
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.