awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia Indonesia akui berlaku kecuaian pentadbiran pada penerbangan QZ8501

Agensi
Agensi
14/01/2015
09:46 MYT
AirAsia Indonesia akui berlaku kecuaian pentadbiran pada penerbangan QZ8501
AirAsia pernah memfailkan permohonan penjadualan semula bagi pelepasan penerbangan Surabaya-Singapura.
Pesawat QZ8501 tidak mempunyai permit penerbangan ketika ia meninggalkan Surabaya untuk ke Singapura.
Ketua Pengarah Eksekutif AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko dilaporkan berkata demikian kepada portal berita Tempo.co sebentar tadi.
“Kami mengakui berlaku kecuaian administrasi,” katanya merujuk kepada Pesawat AirAsia QZ8501 yang sebenarnya mempunyai permit untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.
Namun begitu, AirAsia dilaporkan pernah memfailkan permohonan penjadualan semula bagi pelepasan penerbangan pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.
"Dalam proses tersebut, penjadualan semula itu telah disampaikan secara lisan kepada Ketua Direktorat Pengangkutan Udara. Kecuaian ini harus kami perbetulkan secara dalaman," kata Sunu dalam laporan itu.
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan Indonesia telah menjalankan siasatan berhubung permit penerbangan AirAsia susulan musibah yang menimpa pesawat QZ8501 pada Disember 28 lalu.
Siasatan tersebut merupakan lanjutan dakwaan bahawa AirAsia telah melanggar permit penerbangan dengan melakukan penerbangan pada hari Ahad.
Kementerian Pengangkutan kemudian mengambil keputusan untuk menggantung permit penerbangan AirAsia bagi laluan Surabaya-Singapura bermula 2 Januari 2015.
Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata beliau tidak pernah mengaku bahawa syarikat itu tidak mempunyai kebenaran untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#CEO
#pesawat
#QZ8501
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan