awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia, syarikat penerbangan tidak dibenarkan bawa penumpang warga asing masuk Malaysia

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/05/2020
08:17 MYT
AirAsia, syarikat penerbangan tidak dibenarkan bawa penumpang warga asing masuk Malaysia
Ismail Sabri Yaakob, setakat ini kerajaan kekal dengan dasar tidak membenarkan warga asing memasuki negara ini. - Gambar BERNAMA
Mana-mana syarikat penerbangan termasuk AirAsia tidak dibenarkan membawa masuk warga asing ke negara ini melalui laluan udara.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini kerajaan kekal dengan dasar tidak membenarkan warga asing memasuki negara ini, sebaliknya, hanya rakyat Malaysia sahaja yang dibenarkan.
“Tidak (sempadan negara dibuka) masih lagi dengan polisi kita dan dasar kita iaitu warga asing masih tidak dibenarkan masuk ke negara.
“Saya baru bercakap dengan pihak AirAsia, mereka kata tidak ada dan saya maklum kepada mereka, kalau tiada, Alhamdulilah bagus tetapi kalau ada kita tidak akan benarkan yang bukan warga negara untuk masuk ke negara kita.
“(Penumpang) yang boleh mereka bawa dari Indonesia atau mana-mana negara sekali pun, adalah warganegara Malaysia yang mana warganegara Malaysia pun kalau masuk ke negara kita akan dikuarantin selama 14 hari,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan bakal membuka pintu sempadan negara dalam masa terdekat selepas difahamkan syarikat penerbangan tambang rendah Airsia Indonesia akan memulakan operasi pada 18 Mei ini.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#COVID19
#Indonesia
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#Malaysia
#operasi
#penerbangan
#rakyat
#rakyat Malaysia
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan