MALAYSIA

AirAsia tambah 26,000 kerusi tambahan untuk pulang mengundi

Faiq Chong 20/04/2018 | 05:01 MYT
Perkara itu diumumkan Tony menerusi akaun Twitter miliknya.
Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan membuat tambahan 26,000 tempat duduk bagi bertujuan pulang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes membuat pengumuman tersebut melalui akaun Twitter miliknya, semalam.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau juga turut mengumumkan sebanyak 120 penerbangan tambahan telah memulakan penerbangan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan tambang khas untuk penerbangan ke semua laluan domestik termasuk Sabah dan Sarawak untuk tempahan pada 8 dan 9 Mei ini bagi memudahkan rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
Tambang sehala ditetapkan kepada RM99 untuk laluan dalam Semenanjung Malaysia dan RM129 untuk laluan dari Semenanjung ke Sarawak serta RM199 untuk laluan dari Semenanjung ke Sabah, untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Baca: PRU14: AirAsia tawar tambang khas ke semua laluan domestik
#AirAsia #Malaysia #Malaysia Memilih #penerbangan #PRU14 #Tony Fernandes #Twitter