Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh AirAsia X terus mengembangkan rangkaian penerbangan mereka secara terus ke China melalui pengenalan penerbangan ke Shanghai dari Kuala Lumpur bermula 19 Februari lalu.
Sebagai menghargai sokongan pelanggan dan meraikan laluan baru tersebut , AirAsia X menawarkan tambang serendah Rm329 sehala dari Kuala Lumpur ke Shanghai bagi kelas ekonomi dan Rm899 kelas premium.
Shanghai adalah destinasi antarabangsa ke 14 AirAsia X di China selepas Hangzhou, Beijing, Chengdu, Guilin, Shenzhen, Guangzhou, Nanning, Kunming, Wuhan, Chingqing dan Xian.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani, kehadiran AirAsia X di Shanghai akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat penerbangan itu di China.
Ujarnya laluan ke Shanghai itu melengkapkan tawaran laluan kumpulan AirAsia ke lebih 85 destinasi seluruh Asean dan global.
“Tahun ini penting kerana kami telah berjaya mendapatkan rantai laluan kesemua bandar utama seperti Bejing, Shanghai, Taipei, Tokyo, Seoul, Sydney, Melbourne , hampir melengkapkan rantaian utama laluan AirAsia X " kata Azran kepada pemberita.
Buat permulaan enam penerbangan disediakan seminggu dan berkuatkuasa 1 Mei, kekerapan ke destinasi berkenaan akan ditingkatkan secara harian.
"Ini bermula dengan ETP di mana bandaraya utama seperti Beijing dan Shanghai diutamakan kerana disinilah potensi besar untuk membawa pelancong datang ke Malaysia" tambah Azran lagi
Ujar Azran lagi, Shanghai menerusi lapangan terbang antarabangsa pudong merupakan hab penerbangan serantau.
Pelancaran destinasi baru itu turut dihadiri pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz.
Selain China, AirAsia X turut mempunyai laluan jarak jauh ke Australia, Jepun, Korea Selatan dan Jeddah.
Tawaran promosi tambang rendah ke shanghai akan berakhir 30 Mac ini.
Sementara itu pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz berkata laluan ke Shanghai memberi akses terus buat pelancong untuk melawat kedua-dua Negara.
Rafidah menyifatkan pembukaan laluan baru itu sebagai usaha AirAsia X selaku syarikat swasta untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, bagi meneruskan usaha menarik lebih ramai kedatangan pelancong dari China khususnya Shanghai ke Malaysia AirAsia X akan bekerjasama dengan lapangan terbang antarabangsa Pudong untuk melakukan promosi penerbangan secara agresif.
Pada 2011, ketibaan pelancong China ke Malaysia direkodkan sebanyak 2.8 juta.
Rafidah pada masa sama berkata selain memberi akses pelancong China ke Kuala Lumpur.
Penumpang juga boleh menikmati akses ke lebih 80 destinasi di bawah rangkaian penerbangan kumpulan.
Penerbangan AirAsia X ke Shanghai menggunakan pesawat Airbus 330 yang memiliki kapasiti 377 penumpang.
Astro Awani
Thu Feb 21 2013
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.