MALAYSIA
AirAsia X dinamakan semula sebagai AirAsia pada 19 Januari - Tony Fernandes
AirAsia X akan ditukar namanya kepada AirAsia dan disenaraikan semula sebagai saham baharu pada 19 Januari. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Fernandes menerusi catatan di LinkedIn hari ini berkata Capital A akan mengemukakan permohonan untuk keluar daripada status PN17 pada hari yang sama, dengan perbicaraan mahkamah terakhir dijadualkan pada 21 Januari.
"AirAsia akan menjadi satu kumpulan syarikat penerbangan dan satu jenama. Kami akan menggabungkan AirAsia X dan AirAsia sebagai satu kumpulan syarikat penerbangan dengan matlamat untuk berkembang di peringkat global.
"Dengan hab kami yang mengujakan di Bahrain, kami akan mewujudkan edisi tambang rendah di Emiriah Arab Bersatu dan Qatar serta meliputi semua benua," katanya.
Fernandes berkata syarikat itu sedang memuktamadkan tempahan pesawatnya, yang akan mengurangkan kos dan meningkatkan margin melalui perancangan kumpulan pesawat yang lebih baik.
Sementara itu, Capital A dalam kenyataan berkata, melalui penstrukturan semula yang hampir selesai, kumpulan itu akan meningkatkan penglibatan dengan penganalisis dan pelabur.
"Kumpulan bercadang untuk memulakan siri jelajah pelabur domestik dan antarabangsa dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk menyampaikan visi pasca penstrukturan semula berpacukan lima perniagaan teras -- penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, logistik, agensi pelancongan dalam talian, makanan dan minuman serta penjenamaan," katanya.
Selain itu, Capital A merancang untuk menganjurkan Hari Pelabur selepas berakhirnya suku keempat, apabila prestasi syarikat pada 2025 dapat dilihat dengan jelas dan menyeluruh berdasarkan keputusan yang belum diaudit.
Katanya langkah itu bertujuan memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai segmen perniagaan kumpulan, keutamaan kewangan dan pelan penciptaan nilai jangka panjang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- AirAsia X akan ditukar namanya kepada AirAsia dan disenaraikan semula sebagai saham baharu pada 19 Januari, mengikuti arahan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
- Syarikat ini berhasrat untuk menggabungkan AirAsia X dan AirAsia menjadi satu kumpulan syarikat penerbangan dengan matlamat memperluaskan perniagaan di peringkat global, termasuk merancang perkhidmatan tambang rendah ke Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.
- Melalui penstrukturan semula hampir selesai, Capital A akan meningkatkan penglibatan dengan penganalisis dan pelabur serta merancang untuk menganjurkan Hari Pelabur bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai perniagaan kumpulan tersebut.
Fernandes menerusi catatan di LinkedIn hari ini berkata Capital A akan mengemukakan permohonan untuk keluar daripada status PN17 pada hari yang sama, dengan perbicaraan mahkamah terakhir dijadualkan pada 21 Januari.
"AirAsia akan menjadi satu kumpulan syarikat penerbangan dan satu jenama. Kami akan menggabungkan AirAsia X dan AirAsia sebagai satu kumpulan syarikat penerbangan dengan matlamat untuk berkembang di peringkat global.
"Dengan hab kami yang mengujakan di Bahrain, kami akan mewujudkan edisi tambang rendah di Emiriah Arab Bersatu dan Qatar serta meliputi semua benua," katanya.
Fernandes berkata syarikat itu sedang memuktamadkan tempahan pesawatnya, yang akan mengurangkan kos dan meningkatkan margin melalui perancangan kumpulan pesawat yang lebih baik.
Sementara itu, Capital A dalam kenyataan berkata, melalui penstrukturan semula yang hampir selesai, kumpulan itu akan meningkatkan penglibatan dengan penganalisis dan pelabur.
"Kumpulan bercadang untuk memulakan siri jelajah pelabur domestik dan antarabangsa dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk menyampaikan visi pasca penstrukturan semula berpacukan lima perniagaan teras -- penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, logistik, agensi pelancongan dalam talian, makanan dan minuman serta penjenamaan," katanya.
Selain itu, Capital A merancang untuk menganjurkan Hari Pelabur selepas berakhirnya suku keempat, apabila prestasi syarikat pada 2025 dapat dilihat dengan jelas dan menyeluruh berdasarkan keputusan yang belum diaudit.
Katanya langkah itu bertujuan memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai segmen perniagaan kumpulan, keutamaan kewangan dan pelan penciptaan nilai jangka panjang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah nama baru yang akan digunakan oleh AirAsia X berdasarkan pengumuman Tan Sri Tony Fernandes?
A: AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia. - Q: Apa tarikh disenaraikan semula AirAsia sebagai saham baharu dan keluar daripada status PN17?
A: AirAsia akan disenaraikan semula sebagai saham baharu pada 19 Januari, dengan permohonan keluar daripada status PN17 pada hari yang sama dan perbicaraan mahkamah terakhir dijadualkan pada 21 Januari. - Q: Apa yang dimaksudkan Tony Fernandes dengan menyatakan bahawa AirAsia dan AirAsia X akan digabungkan sebagai satu kumpulan syarikat penerbangan?
A: Tony Fernandes merancang untuk menggabungkan AirAsia dan AirAsia X sebagai satu kumpulan syarikat penerbangan dengan matlamat untuk berkembang di peringkat global. - Q: Apa yang akan dilakukan Capital A setelah penstrukturan hampir selesai berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan?
A: Capital A bercadang untuk memulakan siri jelajah pelabur domestik dan antarabangsa, serta menganjurkan Hari Pelabur untuk memberikan pemahaman jelas mengenai segmen perniagaan kumpulan dan pelan penciptaan nilai jangka panjang. - Q: Apakah perancangan Capital A dalam mengurangkan kos dan meningkatkan margin terutamanya berkaitan dengan pesawat?
A: Capital A sedang memuktamadkan tempahan pesawatnya untuk mengurangkan kos dan meningkatkan margin melalui perancangan kumpulan pesawat yang lebih baik.