SEPANG: AirAsia X (AAX) yang melebarkan sayapnya ke Asia Tengah melancarkan penerbangan terus pertamanya ke Almaty, Kazakhstan hari ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata laluan baharu itu bukan sahaja meningkatkan ketersambungan hubungan, malah mengukuhkan ikatan budaya dan ekonomi antara Kazakhstan dan Malaysia.
"Berikutan dengan kejayaan ini, kita menjangkakan pemulihan yang lebih ketara dalam trafik penumpang untuk 2024, dengan bilangan penumpang antara 93.9 juta hingga 107.1 juta," katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis pelepasan AirAsia X Kuala Lumpur - Almaty di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
Turut hadir, Duta Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev, Pengerusi Capital A Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail.
Loke berkata laluan baharu AirAsia X itu menunjukkan kepentingan Asia Tengah, sama ada melibatkan pertukaran dalam bidang pendidikan, pelancongan atau industri halal, dengan Malaysia menjadi rakan kongsi dalam trajektori pertumbuhan rantau itu.
"Kami mengharapkan lebih banyak peluang untuk perdagangan, pelancongan dan pelaburan di kedua-dua negara," katanya.
Sementara itu, Kamarudin berkata pelancaran laluan baharu berkenaan menunjukkan komitmen syarikat penerbangan itu dalam mengukuhkan hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua-dua negara.
Beliau berkata dengan perdagangan dua hala mencecah berjuta-juta dolar Amerika Syarikat, ia membuka ruang untuk memperluaskan kerjasama, khususnya dalam pelancongan, berikutan Kazakhstan akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-32.
Sugurbayev dalam pada itu berkata beliau menantikan impak positif yang akan dibawa oleh industri penerbangan ke kedua-dua negara kerana Malaysia dikenali sebagai destinasi popular bagi warga Kazakhstan.
"Ramai pelancong Kazakhstan ke Malaysia sejak 20 tahun lepas dan saya gembira AirAsia akan membantu warga Kazakhstan mengembara ke seluruh Malaysia," katanya.
AAX akan mengendalikan empat penerbangan seminggu ke Almaty, menawarkan lebih daripada 95,000 tempat duduk setiap tahun, dengan tambang kompetitif bermula daripada RM599 atau AS$169 semua dalam sehala.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
AirAsia X (AAX) yang melebarkan sayapnya ke Asia Tengah melancarkan penerbangan terus pertamanya ke Almaty, Kazakhstan hari ini. - Foto Facebook Kementerian Pengangkutan
MITI akan siasat isu syarikat semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh AS
MITI akan melakukan siasatan lanjut susulan tindakan sekatan yang dikenakan oleh Amerikat Syarikat terhadap sebuah syarikat semikonduktor Malaysia.
AWANI Review: From Defense to Digital - Thales’ Evolution in Malaysia
With over 40 years in Malaysia, Thales has grown from a defense and aerospace expert to a digital transformation leader. CEO François-Xavier Boutes shares exciting opportunities in Malaysia and the push for localisation.
Kehilangan yang mendukacitakan, MB Terengganu ucap takziah pemergian Pengarah Urusan Sabasun
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Pengarah Urusan Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd, Che Salmi Che Ibrahim yang meninggal dunia pada awal pagi Selasa.
Melaka umum 24 Ogos cuti peristiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri
Kerajaan Melaka umum 24 Ogos depan sebagai cuti persitiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
ISWC 2024: Strategi holistik menuju persaraan bermakna
Malaysia perlu meneliti masalah penuaan dari pelbagai dimensi, termasuk politik, sosioekonomi dan sosial.
'Pesan mi tarik, dapat nasi daging babi'
Izham Nayan dakwa pekerja sebuah syarikat penghantar makanan tersalah hantar makanan berasaskan daging babi ke rumah rakannya yang beragama Islam.
Pasukan petugas pantau pokok teduhan adakan mesyuarat pertama bulan ini - Dr Zaliha
Pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara akan mengadakan mesyuarat pertama bulan ini.
Real Madrid ikat Mbappe lima tahun
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe menyertai kelab LaLiga Sepanyol, Real Madrid dengan kontrak lima tahun.
Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air
Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah berjaya diluncurkan ke permukaan air di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.
Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari
Keputusan biopsi kedua Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak cilik yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di UK, akan diketahui dalam tempoh 10-14 hari.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.