awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Airbnb mahu panduan lebih jelas mengenai cukai pelancongan

Bernama
Bernama
02/07/2019
07:53 MYT
Airbnb mahu panduan lebih jelas mengenai cukai pelancongan
Kebanyakan pertumbuhan Airbnb di Malaysia disokong oleh pelancong yang ingin merasai pengalaman unik dan asli di peringkat tempatan.
Syarikat pembrokeran perkhidmatan hospitaliti dalam talian, Airbnb Inc meminta kerajaan menyediakan panduan lebih jelas ke atas cukai pelancongan bagi perniagaaan seumpama itu.
Pengurus Besar Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Mike Orgill berkata terdapat beberapa isu mengelirukan pada masa ini termasuk pendaftaran dan kutipan cukai.
"Semua hartanah kami perlu didaftar, namun, terdapat persoalan mengenai prosesnya," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini perniagaan syarikat itu di Malaysia, di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan struktur cukai yang adil adalah perlu untuk memastikan persaingan setara bagi semua peserta industri.
Di bawah struktur semasa, kesemua penginapan yang berdaftar di negara ini perlu mengutip cukai pelancongan RM10 untuk satu malam bagi pelancong asing.
Orgill juga mengakui wujud isu pengutipan mengenai sama ada Airbnb perlu mengutip cukai bagi pihak kerajaan atau kerajaan harus mengutip cukai secara terus daripada pemilik hartanah yang disenaraikan di Airbnb.
Beliau berkata ketika ini sebahagian pemilik hartanah mengutip sendiri cukai sebelum diberikan kepada pihak berkuasa.
Orgill berkata operasi Airbnb di Malaysia merekodkan kedatangan 3.25 juta tetamu dalam tempoh 12 bulan lepas, lonjakan 73 peratus berasaskan tahun ke tahun.
Kebanyakan pertumbuhan Airbnb di Malaysia disokong oleh pelancong yang ingin merasai pengalaman unik dan asli di peringkat tempatan.
Pada masa ini, Airbnb mempunyai 53,000 penginapan yang tersenarai di Malaysia dan lebih enam bilion lagi di peringkat global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airbnb
#cukai pelancongan
#kembara
#kutipan cukai
#Malaysia
#pelancong
#pelancongan
#Penginapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan