MALAYSIA
AirBorneo mula operasi pesawat jet pada Julai 2026 - Abang Johari
Abang Johari (tengah) hadir pada majlis makan malam korporat SEDC 2025 di Kuching, semalam. - Facebook UKAS
KUCHING: Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, akan mengendalikan pesawat jet mulai Julai 2026 sebagai sebahagian perancangan negeri untuk mengukuhkan rangkaian hubungan udara, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Ringkasan AI
Beliau berkata bagaimanapun, syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi awal pada bulan depan dengan menggunakan pesawat turboprop sebelum beralih kepada perkhidmatan jet.
"Pada Julai kita akan memulakan operasi jet," katanya pada majlis makan malam korporat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) 2025 di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata usaha tersebut akan meningkatkan daya saing Sarawak dalam sektor penerbangan serantau.
Abang Johari berkata Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, yang ditemuinya pada Khamis lepas, mengalu-alukan rancangan Sarawak untuk mewujudkan penerbangan langsung antara kedua-dua destinasi.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, yang turut hadir dalam pertemuan itu, telah memberi lampu hijau kepada AirBorneo bagi cadangan tersebut, katanya.
Beliau berkata Sarawak juga berhasrat untuk berkembang melangkaui Singapura dengan mencadangkan perkhidmatan ke Pulau Jeju, Korea Selatan, yang merupakan lokasi UNESCO Geopark Global, sekali gus menghubungkannya dengan Sarawak Delta Geopark yang turut mendapat status sama pada September lepas.
Operasi AirBorneo akan melengkapkan usaha SEDC yang terlibat dalam pembangunan hospitaliti, infrastruktur dan pelancongan Sarawak sepanjang lima dekad lepas, katanya.
Premier Sarawak itu berkata SEDC mesti terus berkembang dengan menerima guna inovasi dan teknologi untuk memenuhi keperluan ekonomi masa depan Sarawak.
"SEDC memerlukan pemikiran kritis, pemikiran strategik dan pemikiran di luar kebiasaan.
"Kita perlu membangunkan modal insan kita, memadankan modal insan ini dengan modal semula jadi kita, dan mengubah ekonomi kita menjadi ekonomi yang sangat kompetitif di rantau ini," katanya.
Abang Johari turut berkongsi aspirasinya untuk menyaksikan SEDC menerajui aktiviti ekonomi baharu yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak.
Beliau berkata SEDC berada pada kedudukan yang baik untuk mengambil bahagian dalam industri yang sedang berkembang pesat di negeri ini, khususnya tenaga boleh baharu, bahan api berasaskan alga dan usaha lain yang dipacu teknologi.
Perbadanan itu boleh menerajui pembangunan alga sebagai bahan api hijau baharu untuk Sarawak, katanya.
"Mudah-mudahan usaha itu akan menjadi kenyataan dan kerana itulah masa depan kita cerah dan ekonomi kita dirancang dengan baik, demi masa depan warga kita," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- AirBorneo, syarikat penerbangan milik Sarawak, akan mula mengendalikan pesawat jet pada Julai 2026 untuk memperluaskan hubungan udara dan meningkatkan daya saing Sarawak dalam sektor penerbangan serantau.
- Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menunjukkan rancangan penerbangan langsung antara Sarawak dan Singapura diterima positif oleh Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, serta Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook.
- Sarawak berancang untuk meluaskan perkhidmatan penerbangan hingga ke Pulau Jeju, Korea Selatan, dengan tujuan menghubungkan destinasi UNESCO Geopark Global Jeju dengan Sarawak Delta Geopark, serta memperluas operasi AirBorneo sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan ekonomi Sarawak yang kompetitif.