MALAYSIA
AirBorneo mulakan operasi Januari ini
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata syarikat penerbangan itu dirancang untuk berkembang kepada operasi pesawat serantau menjelang akhir tahun depan. - Foto Bernama
KUCHING: AirBorneo dijangka memulakan operasi bulan Januari tahun depan menggunakan rangkaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) sedia ada di Sarawak, Sabah dan Labuan.
Ringkasan AI
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata syarikat penerbangan itu dirancang untuk berkembang kepada operasi pesawat serantau menjelang akhir tahun depan, bergantung kepada ketersediaan pesawat, pengagihan slot lapangan terbang dan kelulusan pihak berkuasa.
"Pengambilalihan MASwings Sdn Bhd dijangka selesai menjelang 31 Dis 2025 susulan Perjanjian Jual Beli Saham yang ditandatangani pada 12 Feb 2025," katanya semasa sesi penggulungan bagi kementerian itu pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata pada 21 Ogos lepas, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melancarkan logo Wing of Unity AirBorneo dengan slogan Borneo for You yang mencerminkan identiti Bumi Kenyalang dan visi untuk memperkukuh kesalinghubungan.
Dalam perkembangan lain, Lee berkata kesalinghubungan antarabangsa Sarawak terus berkembang dengan pelancaran perkhidmatan sewa khas dari Haikou, China ke Kuching oleh 9Air manakala perkhidmatan sewa khas dari Shenzhen, China ke Kuching oleh Loong Air dijadualkan bermula tidak lama lagi.
"Kementerian saya akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan dan agensi rakan kongsi bagi mendapatkan lebih banyak laluan antarabangsa secara terus sekali gus meningkatkan kesalinghubungan global Sarawak serta memperluas peluang ekonomi untuk Bumi Kenyalang," katanya.
Lee berkata setakat suku ketiga tahun ini, Sarawak mencatat sejumlah 112,625 pergerakan pesawat dan 9.07 juta penumpang yang mewakili peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama pada 2024.
Beliau berkata sepanjang tempoh sama, Sarawak mengendalikan 49,895 tan kargo udara yang mencatat peningkatan ketara sebanyak 15 peratus berbanding 42,381 tan yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
"Sarawak juga menerima 51 penerbangan antarabangsa secara mingguan dan purata 551 penerbangan domestik dari negeri lain di Malaysia.
"Kuching terus menjadi pintu masuk utama dengan 268 penerbangan mingguan diikuti Miri (144), Sibu (79), Bintulu (48), Limbang (tiga), Lawas (dua) dan Mulu (tujuh)," katanya.
Lee juga berkata dalam Sarawak, purata 684 penerbangan mingguan menghubungkan bandar utama dan kawasan luar bandar di bawah RAS dengan Miri mengendalikan 190 penerbangan diikuti Kuching (164), Sibu (69) dan Bintulu (59).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- AirBorneo dijangka akan memulakan operasi bulan tahun menggunakan rangkaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sarawak, Sabah, dan Labuan.
- Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin menyatakan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd dijangka selesai menjelang 31 Disember 2025, dengan pelancaran logo Wing of Unity AirBorneo pada 21 Ogos yang mencerminkan identiti Bumi Kenyalang.
- Sarawak mencatat peningkatan pergerakan pesawat dan penumpang sebanyak 15 peratus pada suku ketiga tahun ini, dengan Kuching sebagai pintu masuk utama untuk 268 penerbangan mingguan, diikuti oleh Miri, Sibu, Bintulu, Limbang, Lawas, dan Mulu.