Skip to main content

Malaysia

AirBorneo pergiat usaha penyelenggaraan, teliti semula perjanjian bekalan untuk tingkat kepercayaan

KUCHING, 2 Jan -- Pesawat AirBorneo DHC6-400 sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini.  AirBorneo dengan bangganya mengumumkan pelancaran berjaya penerbangan sulungnya dengan menggunakan corak dan identiti pesawat sendiri, menandakan satu pencapaian penting susulan pengambilalihan MASwings yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.  Penerbangan tersebut adalah dari Kuching ke Mukah menggunakan pesawat ATR72-500 dan dari Kuching ke Tanjung Manis menggunakan pesawat DHC6-400.  Penerba
AirBorneo memaklumkan sedang giat mempercepat kerja-kerja penyelenggaraan bersama rakan penyelenggaraannya bagi membolehkan pesawat terjejas kembali beroperasi dalam tempoh terdekat. - Gambar fail/Bernama

KUCHING: AirBorneo memahami kesulitan yang dialami para penumpangnya susulan gangguan penerbangan di seluruh Sarawak dan Sabah baru-baru ini dan sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan operasi seperti biasa secepat mungkin.

Syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sedang giat mempercepat kerja-kerja penyelenggaraan bersama rakan penyelenggaraannya bagi membolehkan pesawat terjejas kembali beroperasi dalam tempoh terdekat.

Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh berkenaan keselamatan penumpang dan kru kekal menjadi keutamaan AirBorneo dan tidak akan sesekali dikompromi.

“Mana-mana pesawat yang memerlukan pemeriksaan teknikal akan dikeluarkan daripada operasi dan hanya akan kembali berkhidmat selepas disahkan selamat untuk diterbangkan oleh jurutera syarikat, tanpa sebarang kompromi terhadap standard keselamatan walaupun bagi memenuhi jadual penerbangan.

“Bagi memperkukuh daya tahan operasi, AirBorneo sedang meneliti semula pengaturan penyelenggaraan dan bekalan alat ganti, termasuk mengenal pasti rakan strategik tambahan dan alternatif bagi menjamin bekalan komponen yang lebih cepat dan terjamin,” menurut kenyataan itu.

AirBorneo memaklumkan pihaknya akan terus memperkukuh kumpulan pesawatnya melalui pelaburan berterusan termasuk memperkenalkan pesawat generasi baharu secara berperingkat untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan perkhidmatan yang konsisten dalam tempoh jangka panjang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata syarikat penerbangan itu memahami betapa pentingnya perkhidmatan udara kepada komuniti di Sarawak dan Sabah serta sedang melakukan segala yang termampu untuk memulihkan operasi seperti biasa secepat mungkin.

“Pasukan kami bekerja sepanjang masa bersama-sama rakan strategik bagi mempercepat proses penyelenggaraan.

“Pada masa sama, kami sedang menilai semula perjanjian bekalan dan mencari rakan alternatif jika perlu supaya kami dapat menyediakan jaringan perhubungan udara yang boleh dipercayai kepada rakyat Sarawak dan Sabah,” katanya.

-- BERNAMA 

Must Watch Video

Advertisement