MALAYSIA
AirBorneo selesai peralihan DCS, mula beroperasi di bawah kod penerbangan sendiri
Penerbangan pertama yang beroperasi di bawah kod MY adalah dari Miri ke Labuan pada 6.15 pagi semalam. -Gambar fail/Bernama
KUCHING: AirBorneo telah melengkapkan peralihan Sistem Kawalan Perlepasan (DCS) dan kini beroperasi di bawah kod penerbangannya sendiri, MY, menandakan peristiwa penting dalam transformasi syarikat penerbangan itu kepada kebebasan operasi penuh.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh milik kerajaan Sarawak itu melalui satu kenyataan berkata semua penerbangan yang sebelum ini beroperasi di bawah penetapan siri MH kini dipaparkan sebagai penerbangan siri MY, secara rasmi mewujudkan identiti tersendiri AirBorneo di semua 21 lapangan terbang di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Penerbangan pertama yang beroperasi di bawah kod MY adalah dari Miri ke Labuan pada 6.15 pagi semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata kejayaan peralihan DCS dan pengenalan Penerbangan MY3220 sebagai perkhidmatan pertamanya di bawah kod MY mengemukakan bukti mengenai apa yang boleh dicapai menerusi kepimpinan secara kolaboratif dan perkongsian wawasan.
"Pencapaian ini juga meletakkan asas penting untuk bab seterusnya kami iaitu pelancaran Operasi Jet AirBorneo pada Julai, mengukuhkan infrastruktur kami, meluaskan jangkauan dan meningkatkan pengalaman perjalanan untuk penumpang kami," katanya.
Menurut kenyataan itu, peralihan ini mewakili salah satu pencapaian operasi paling ketara sejak AirBorneo mula beroperasi pada 2 Jan 2026.
Kejayaan penghijrahan DCS membolehkan AirBorneo beroperasi dengan autonomi teknikal penuh daripada sistem MASwings.
"Kaunter daftar masuk lapangan terbang, pengendalian bagasi dan semua perkhidmatan yantg berkaitan penumpang beroperasi seperti biasa semasa tempoh peralihan ini, dengan penyelarasan dikekalkan di seluruh pengendali lapangan terbang dan pemegang kepentingan utama.
"Penempatan serentak di 21 lapangan terbang, memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar termasuk operasi Twin Otter ke landasan udara terpencil, menonjolkan kesediaan operasi serta keupayaan teknikal AirBorneo," tambahnya lagi.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- AirBorneo lengkapkan peralihan Sistem Kawalan Perlepasan (DCS) dan operasi bawah kod penerbangan MY, menandakan transformasi syarikat penerbangan itu kepada kebebasan operasi penuh.
- Penerbangan siri MY dilancarkan secara rasmi di 21 lapangan terbang di Sabah, Sarawak dan Labuan, menegaskan identiti tersendiri AirBorneo.
- Peralihan DCS membolehkan AirBorneo beroperasi dengan autonomi teknikal penuh daripada sistem MASwings, meningkatkan pengalaman perjalanan untuk penumpang serta kesediaan operasi ke luar bandar.
Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh milik kerajaan Sarawak itu melalui satu kenyataan berkata semua penerbangan yang sebelum ini beroperasi di bawah penetapan siri MH kini dipaparkan sebagai penerbangan siri MY, secara rasmi mewujudkan identiti tersendiri AirBorneo di semua 21 lapangan terbang di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Penerbangan pertama yang beroperasi di bawah kod MY adalah dari Miri ke Labuan pada 6.15 pagi semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata kejayaan peralihan DCS dan pengenalan Penerbangan MY3220 sebagai perkhidmatan pertamanya di bawah kod MY mengemukakan bukti mengenai apa yang boleh dicapai menerusi kepimpinan secara kolaboratif dan perkongsian wawasan.
"Pencapaian ini juga meletakkan asas penting untuk bab seterusnya kami iaitu pelancaran Operasi Jet AirBorneo pada Julai, mengukuhkan infrastruktur kami, meluaskan jangkauan dan meningkatkan pengalaman perjalanan untuk penumpang kami," katanya.
Menurut kenyataan itu, peralihan ini mewakili salah satu pencapaian operasi paling ketara sejak AirBorneo mula beroperasi pada 2 Jan 2026.
Kejayaan penghijrahan DCS membolehkan AirBorneo beroperasi dengan autonomi teknikal penuh daripada sistem MASwings.
"Kaunter daftar masuk lapangan terbang, pengendalian bagasi dan semua perkhidmatan yantg berkaitan penumpang beroperasi seperti biasa semasa tempoh peralihan ini, dengan penyelarasan dikekalkan di seluruh pengendali lapangan terbang dan pemegang kepentingan utama.
"Penempatan serentak di 21 lapangan terbang, memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar termasuk operasi Twin Otter ke landasan udara terpencil, menonjolkan kesediaan operasi serta keupayaan teknikal AirBorneo," tambahnya lagi.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang dimaksudkan dengan peralihan Sistem Kawalan Perlepasan (DCS) yang dilakukan oleh AirBorneo?
A: AirBorneo telah melengkapkan peralihan Sistem Kawalan Perlepasan (DCS) untuk beroperasi di bawah kod penerbangan MY, menandakan langkah penting dalam transformasi syarikat penerbangan tersebut. - Q: Apa yang menyebabkan penerbangan siri MY diumumkan sebagai identiti tersendiri bagi AirBorneo?
A: Penerbangan siri MY diumumkan bagi menandakan identiti tersendiri AirBorneo setelah sebelum ini beroperasi di bawah penetapan siri MH. - Q: Bagaimanakah reaksi pihak AirBorneo terhadap kejayaan peralihan DCS dan pelancaran Penerbangan MY3220?
A: Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, menyatakan bahawa kejayaan peralihan DCS dan pelancaran Penerbangan MY3220 merupakan bukti kejayaan menerusi kepimpinan kolaboratif dan perkongsian wawasan. - Q: Apa yang dibanggakan oleh AirBorneo setelah peralihan DCS ini?
A: AirBorneo bangga dengan kemampuan untuk beroperasi dengan autonomi teknikal penuh daripada sistem MASwings selepas peralihan DCS, yang membolehkan penyelarasan perkhidmatan kepada penumpang di 21 lapangan terbang di Sabah, Sarawak, dan Labuan. - Q: Apakah tujuan utama peralihan DCS dan perkenalan penerbangan siri MY oleh AirBorneo?
A: Tujuan peralihan DCS dan perkenalan penerbangan siri MY adalah untuk mengukuhkan infrastruktur, meluaskan jangkauan, dan meningkatkan pengalaman perjalanan bagi penumpang AirBorneo, serta sebagai langkah penting sejak operasi AirBorneo mula pada 2 Januari 2026.