Pesawat penumpang Airbus A220-300 tiba di Malaysia, dalam rangka lawatan demonstrasi bagi rantau Asia Pasifik.
Pesawat itu merupakan pesawat ujian penerbangan Airbus dan kini dipamerkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kami gembira berada di Malaysia untuk membawa A220-300, ahli terbaharu dalam keluarga Airbus dan mempamerkan kehebatannya.
"Keistimewaan pesawat ini ialah ia membakar 20 peratus lebih kurang minyak, berbanding generasi pesawat terdahulu.
"Ia juga membawa pengalaman luar biasa untuk penumpang kerana ia mempunyai tempat duduk yang luas, dan semua penumpang boleh bawa 'roller bag'," kata Pengarah Pemasaran Airbus, Christine De Gagne.
Rangkaian A220 terdiri daripada A220-100 yang lebih kecil dan A220-300 yang lebih besar dan satu-satunya pesawat penumpang yang dibina untuk pasaran 100-150 tempat duduk.
A220 juga menawarkan kos yang lebih rendah untuk setiap perjalanan, yang menjadi salah satu ciri utamanya.
De Gagne juga positif dengan penerimaan pemain-pemain utama industri penerbangan, baik di Malaysia mahupun di rantau Asia.
"Kami di sini bermaksud adanya permintaan. Tetapi kami juga yakin yang pesawat ini sesuai dengan pasaran kerana pelbagai kehebatannya, ia membawa 100 hingga 150 penumpang sehingga ke Jepun atau Australia, yang penting dalam aliran trafik udara bagi Malaysia," tambah De Gagne.
De Gagne ditemui pada Sabtu, sebelum demonstrasi penerbangan A220-300 yang disertai wakil media dan eksekutif syarikat- syarikat penerbangan.
Airbus menjangka permintaan untuk pesawat berkapasiti 100-150 tempat duduk akan bertambah dengan sekurang-kurangnya 7,000 pesawat akan digunakan dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Rantau Asia Pasifik dijangka menyumbang 20 peratus kepada saiz pasaran tersebut.
Sehingga hari ini, Airbus telah menerima 551 pesanan untuk pesawat A220 daripada 21 pelanggan dengan 78 tempahan telah dihantar kepada lima pengendali, iaitu SWISS, AirBaltic, Air Korea, Air Tanzania dan Delta.
Madiha Abdullah
Sat Aug 03 2019
Ruang tempat duduk yang luas dan menjimatkan minyak, antara keistimewaan Airbus A220-300.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Asia Pasifik perlukan 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun - Airbus
Airbus mengunjurkan sektor penerbangan Asia Pasifik memerlukan kira-kira 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Sayap dua pesawat Japan Airlines berlanggar di Lapangan Terbang Haneda
Tiada kecederaan dilaporkan, namun penerbangan 503 menuju ke Lapangan Terbang Chitose Baru di Hokkaido, Sapporo telah dibatalkan.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.
Airbus jangka permintaan sebanyak 400 pesawat berbadan lebar di Apac dalam masa 20 tahun akan datang
Pengeluar pesawat Airbus meramalkan permintaan kira-kira 400 pesawat berbadan lebar di Asia Pasifik (Apac) dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Airbus bangunkan mesin pencetak 3D logam untuk Stesen Angkasa Antarabangsa
Airbus akan membangunkan dua mesin pencetak 3D ini untuk tujuan penyelidikan terlebih dahulu.
Pesawat Latam Airlines mendarat tanpa tayar di Sao Paulo
Pendaratan selamat dilakukan, dan juruterbang membawa pesawat ke landasan diiringi oleh kenderaan kecemasan.
MAG perkenal 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertama pada suku ketiga
Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertamanya.