GADGETS
Airbus pertimbang pindah sistem kritikal keluar dari AWS, Google, Microsoft
Airbus mempertimbangkan memindahkan sistem kritikal mereka daripada infrastruktur Amazon Web Services, Google dan Microsoft ke sistem awan berdaulat Eropah. -Foto fail/Reuters
KEGUSARAN yang timbul tahun ini ialah Amerika Syarikat boleh menghalang perisian buatan syarikat tempatan daripada digunakan oleh negara lain.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Di bawah pentadbiran Trump, negara luar mula menyedari pergantungan kepada perisian buatan AS boleh menyebabkan operasi lumpuh dan dalam situasi lebih serius, mungkin dipantau oleh agensi risikan.
Portal teknologi The Register melaporkan Airbus sedang mempertimbangkan untuk memindahkan sistem kritikal mereka daripada infrastruktur milik Amazon Web Services, Google dan Microsoft atas sebab tersebut.
Sistem yang dianggarkan kritikal termasuk Perancangan Sumber Perusahaan (ERP), pembuatan, Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) dan reka bentuk pesawat, dengan ia akan dipindahkan ke sistem awan berdaulat yang dikendalikan syarikat Eropah.
Langkah ini diambil kerana data sensitif peringkat nasional dan Eropah mesti berada di bawah kawalan Eropah.
Keputusan itu dibuat selepas pentadbiran Trump beberapa kali memberi amaran kepada Kesatuan Eropah berhubung tindakan mengenakan denda ke atas syarikat teknologi seperti Apple, Google dan Meta sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Kes terbaharu melibatkan Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang hilang akses akaun Microsoft selepas dikenakan sekatan oleh AS, susulan siasatan jenayah perang dan genosid yang didakwa dilakukan Israel terhadap Palestin.
Di luar Eropah, AS turut menghalang Huawei daripada menggunakan lesen perisian Google Mobile Services (GMS) dan Microsoft pada produk mereka, sebagai tekanan ke atas China dalam rundingan perdagangan yang masih belum selesai sehingga kini. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat boleh menghalang perisian buatan syarikat tempatan digunakan oleh negara lain, menimbulkan kegusaran keselamatan operasi.
- Airbus mempertimbangkan memindahkan sistem kritikal mereka daripada infrastruktur Amazon Web Services, Google dan Microsoft ke sistem awan berdaulat Eropah.
- Keputusan ini berpunca daripada ancaman denda AS ke atas syarikat teknologi Eropah dan kesan sekatan perisian AS ke atas Huawei dan Microsoft pada produk China.
Di bawah pentadbiran Trump, negara luar mula menyedari pergantungan kepada perisian buatan AS boleh menyebabkan operasi lumpuh dan dalam situasi lebih serius, mungkin dipantau oleh agensi risikan.
Portal teknologi The Register melaporkan Airbus sedang mempertimbangkan untuk memindahkan sistem kritikal mereka daripada infrastruktur milik Amazon Web Services, Google dan Microsoft atas sebab tersebut.
Sistem yang dianggarkan kritikal termasuk Perancangan Sumber Perusahaan (ERP), pembuatan, Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) dan reka bentuk pesawat, dengan ia akan dipindahkan ke sistem awan berdaulat yang dikendalikan syarikat Eropah.
Langkah ini diambil kerana data sensitif peringkat nasional dan Eropah mesti berada di bawah kawalan Eropah.
Keputusan itu dibuat selepas pentadbiran Trump beberapa kali memberi amaran kepada Kesatuan Eropah berhubung tindakan mengenakan denda ke atas syarikat teknologi seperti Apple, Google dan Meta sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Kes terbaharu melibatkan Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang hilang akses akaun Microsoft selepas dikenakan sekatan oleh AS, susulan siasatan jenayah perang dan genosid yang didakwa dilakukan Israel terhadap Palestin.
Di luar Eropah, AS turut menghalang Huawei daripada menggunakan lesen perisian Google Mobile Services (GMS) dan Microsoft pada produk mereka, sebagai tekanan ke atas China dalam rundingan perdagangan yang masih belum selesai sehingga kini. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab utama kebimbangan syarikat seperti Airbus untuk memindahkan sistem kritikal mereka daripada infrastruktur milik Amazon Web Services, Google, dan Microsoft?
A: Kebimbangan berkaitan dengan kemungkinan Amerika Syarikat menghalang perisian buatan syarikat tempatan daripada digunakan oleh negara lain. - Q: Mengapa Airbus sedang mempertimbangkan untuk memindahkan sistem kritikal mereka ke sistem awan berdaulat yang dikendalikan syarikat Eropah?
A: Airbus mahu memastikan data sensitif peringkat nasional dan Eropah berada di bawah kawalan Eropah bagi mengelakkan kemungkinan pengawasan oleh agensi risikan AS. - Q: Apa tindakan yang diambil oleh beberapa syarikat teknologi Eropah dalam menangani ancaman penghalangan penggunaan perisian buatan AS?
A: Syarikat Eropah seperti Airbus memilih untuk memindahkan sistem kritikal mereka ke sistem awan berdaulat yang dikendalikan syarikat Eropah sebagai langkah proaktif melindungi data sensitif mereka. - Q: Bagaimanakah tindakan Kesatuan Eropah merespon amaran dan tindakan Amerika Syarikat terhadap syarikat teknologi Eropah?
A: Kesatuan Eropah menerima amaran dan tindakan Amerika Syarikat dengan kebimbangan, terutamanya dalam konteks keselamatan data sensitif peringkat nasional dan Eropah. - Q: Apakah kesan sekatan Amerika Syarikat terhadap syarikat teknologi seperti Huawei dan Microsoft terhadap hubungan perdagangan antara AS dan China?
A: Sekatan tersebut merupakan salah satu tekanan Amerika Syarikat ke atas China dalam rundingan perdagangan yang masih belum selesai sehingga kini.