[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini

Amanz 20/05/2024 | 01:30 MYT
AirTag baharu ini dijangka hadir dengan cip yang dikemas kini, selain sokongan geolokasi lebih baik dalam usaha memudahkan lagi penjejakkannya dengan jitu.
APPLE AirTag merupakan salah satu aksesori dengan sokongan penjejak, dalam usaha memudahkan pengguna dalam menyertakannya bersama pelbagai barangan mereka, dan menjejak lokasi semasa.
Ia dilancarkan sekitar tiga tahun lepas, dan kini Apple dilihat dalam proses memperkenalkan kemas kini untuk AirTag.
Menurut Bloomberg, Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
AirTag baharu ini dijangka hadir dengan cip yang dikemas kini, selain sokongan geolokasi lebih baik dalam usaha memudahkan lagi penjejakkannya dengan jitu.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan AirTag baharu oleh Apple pada tahun 2025 kelak.
#AirTag #AirTag generasi baharu #penjejak #aksesori telefon