awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AiSSE'25: Negara akan ambil kelebihan pempamer, tingkat polisi keselamatan- Saifuddin

Faida Rahim
Faida Rahim
19/01/2025
07:15 MYT
AiSSE'25: Negara akan ambil kelebihan pempamer, tingkat polisi keselamatan- Saifuddin
Saifuddin ketika sidang media selepas meninjau persiapan menjelang Ekspo dan Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AiSSE'25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.- Foto Bernama
PUTRAJAYA: Negara akan mengambil setiap kelebihan daripada lebih 300 pempamer yang menyertai Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AiSSE'25) yang bermula 20 hingga 22 Januari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pameran ini akan membantu negara mempertingkatkan serta melakukan pengubahsuaian polisi keselamatan di negara ini.
"Usaha berterusan kita untuk keselamatan, kita cuma perlu klik maklumat itu. Kita cuma perlu sesuaikan di mana ada pengubahsuaian dari segi polisi kita laksanakan. Kita akan mengutip setiap kelebihan pameran ini untuk kita menambah baik.
"Ingatlah usaha untuk meningkatkan ini bukan statik. Ianya satu usaha yang dinamik, kena ada fokus, kena ada kesediaan untuk mengiktiraf bahawa sekarang sudah lahir pelbagai inovasi baru dan kita tak boleh beku dan puas hati dengan keadaan sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AiSSE'25) di Putrajaya pada Ahad.
Tambah beliau, AiSSE'25 akan menampilkan pempamer membawa teknologi keselamatan terkini yang akan membantu negara bergerak menuju ke arah inovasi tersebut.
"Di acara ini nanti, daripada 300 pempamer. Anda tidak akan tengok contoh jentera besar macam pameran keselamatan yang lain. Tak ada pesawat dron besar. Kalau pergi pameran LIMA, ada banyak tetapi di sini kita akan tengok peranti kecil tetapi itu semua teknologi.
"Mempamerkan, membawa ke sini teknologi bermaksud mendorong kita untuk pergi ke arah inovasi," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#Putrajaya
#AISSE 25
#Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan