awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajal dalam perjalanan ke tempat kerja

Sinar Harian
Sinar Harian
25/05/2022
22:45 MYT
Ajal dalam perjalanan ke tempat kerja
Motosikal ditunggang terbabas sebelum mangsa terperosok di bahagian tengah pembahagi jalan lebuh raya berkenaan. -Foto Sinar Harian
KEPALA BATAS: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 125 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Bertam di sini.
Dalam kejadian jam 9.05 pagi itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Mak Mandin dan terbabas sebelum terperosok di bahagian tengah pembahagi jalan lebuh raya berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
"Siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz yang datang dari arah Sungai Petani menghala Sungai Dua.
"Apabila sampai di lokasi kejadian dipercayai motosikal terbabit telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Radzi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.
Katanya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#lelaki maut nahas motosikal
#dalam perjalanan ke tempat kerja di Mak Mandin
#terperosok di bahagian tengah pembahagi jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan