awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
Blok Afrika Barat gesa hormati kedaulatan Venezuela susulan operasi ketenteraan AS
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajal dalam perjalanan ke tempat kerja, pemuda maut motosikal langgar tiang elektrik

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/08/2021
09:43 MYT
Ajal dalam perjalanan ke tempat kerja, pemuda maut motosikal langgar tiang elektrik
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR bekerja di sebuah kilang di Seberang Jaya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan. - Gambar ihsan PDRM
BUTTERWORTH: Seorang pemuda yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Sungai Dua di sini, hari ini.
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR bekerja di sebuah kilang di Seberang Jaya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.
"Siasatan awal mendapati motosikal itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik di tepi kiri jalan menghala ke arah Sungai Dua.
"Akibat kejadian itu, penunggang disahkan maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala dan badan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Noorzainy berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#pemuda maut
#motosikal langgar tiang elektrik
#Jalan Sungai Dua
#Butterworth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan