MALAYSIA
Akademi Vokasional McDonald's Malaysia perkasa agenda TVET
Datuk Rubiah Wang (tengah), Wong Kah Woh, Datuk Azmir Jaafar meraikan kejayaan lebih 1,000 graduan dalam Majlis Konvokesyen Akademi Vokasional McDonald's di IDCC, Shah Alam. -Foto McDonald’s Malaysia
SHAH ALAM: McDonald’s Malaysia meraikan lebih 1,000 graduan menerusi Majlis Konvokesyen kali ke-5 Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia.
Ringkasan AI
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata Program Perantis Vokasional McDonald's Malaysia ialah sebuah usaha memartabatkan belia melalui pendidikan vokasional dengan pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Menurut Azmir, majlis anugerah berkenaan membabitkan pelajar dalam kalangan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Beliau berucap pada majlis disempurnakan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, di IDCC Shah Alam, pada Isnin.
“Saya amat-amat menghargai komitmen seperti syarikat-syarikat seperti McDonald’s Malaysia yang telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Latihan Vokasional sendiri selari dengan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), jelas Rubiah ketika berucap pada majlis, di sini.
Program itu juga dibangunkan bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan memberi latihan kepada perantis seawal lepasan Tingkatan 3 sekali gus bertujuan menyokong agenda TVET negara dalam melahirkan tenaga kerja berkebolehan tinggi dan berorientasikan industri, selain menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori.
"Melalui Akademi Vokasional McDonald's Malaysia, ia membuktikan bahawa McDonald's bukan sekadar menawarkan pekerjaan semata-mata, tetapi juga sebuah institusi pembelajaran sepanjang hayat yang boleh memperkasakan kemahiran dan kerjaya anak-anak muda.
“Kami telah melahirkan lebih 5,000 graduan sejak tujuh tahun akademi ini ditubuhkan dan 80 peratus daripada mereka memilih untuk membina kerjaya yang bermakna bersama kami," ujar Azmir ketika sidang media di majlis sama.
Sepanjang mengikuti program, perantis juga ditaja sepenuhnya McDonald's Malaysia termasuk pemberian elaun bulanan, tempat tinggal, makan dan minum, faedah insurans serta perubatan diikuti sumbangan perlindungan PERKESO dan caruman KWSP.
“Secara keseluruhan, McDonald's Malaysia membelanjakan sekitar RM40,000 untuk seorang perantis, sepanjang mereka mengikuti program ini. Lebih-lebih lagi, perantis tidak dikenakan sebarang ikatan kontrak perkhidmatan selepas tamat belajar.
"Sebahagian daripada pekerja kami datang daripada keluarga B40, asnaf, OKU, Orang Asli dan mereka yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran.
"Selepas menyertai program ini, mereka dapat meningkatkan potensi diri dan kerjaya sehingga mencapai jawatan pengurus restoran dan pakar industri di ibu pejabat.
“Kami amat bangga dengan pencapaian ini kerana bukan sahaja ia memberi manfaat kepada syarikat dari sudut tenaga kerja, tetapi dapat mengubah keadaan sosioekonomi mereka untuk keluar dari kitaran kemiskinan.
"Di McDonald's Malaysia, adalah tujuan dan hasrat kami juga untuk menyumbang dan membangunkan masyarakat dan negara," tambahnya.
Dalam pada itu, satu lagi inisiatif pembangunan bakat McDonald's Malaysia iaitu Hamburger U, sebuah institusi latihan dan kemahiran dalaman, menawarkan kursus pentadbiran, kepimpinan, dan pengurusan restoran, yang memfokuskan bakat dari kumpulan pekerja semasa dan pelajar-pelajar dari universiti yang mempunyai kerjasama dengan McDonald's Malaysia.
Sementara itu, salah seorang graduan berstatus OKU berkongsi rasa syukur diberi peluang menyertai program.
“Saya masuk program ini sebab nak bantu keluarga saya, saya berasal dari keluarga yang susah bukan senang.
“Tenaga pelajar amat membantu saya untuk berjaya. Mereka ajar saya dengan sabar. Kalaupun gagal, mereka tetap beri peluang untuk mencuba lagi dan lagi sampai saya berjaya,” jelas Nur Farrah Adibah Razali.
“Semasa saya belajar ni banyak pengalaman dia, kita dapat kenal dengan orang-orang lebih tua dari kita sebab dalam McDonald's ini bukan saja kita ada pelbagai lapisan masyarakat dan umur, jadi dari situ saya belajar cara menghormati.
“Saya berharap suatu hari nanti saya boleh jadi salah seorang tenaga pelajar Akademi Vokasional McDonald’s dan berkongsi semula ilmu dan pengalaman saya dengan perantis baharu,” kata pemenang Anugerah Perantis Cemerlang Keseluruhan, Raidi Hamizan Rozki.
Bagi belia yang berminat menyertai Program Perantis Vokasional Mcdonald's, layari bahagian kerjaya di https://www.mcdonalds.com.my atau e-mel kepada MY-Recruitment@my.mcd.com.
Ringkasan AI
- McDonalds Malaysia meraikan lebih 1,000 graduan dalam Majlis Konvokesyen ke-5 Akademi Vokasional, melibatkan pelajar DKM dan SKM.
- Program Perantis Vokasional ditaja sepenuhnya, menyokong agenda TVET negara dengan latihan praktikal dan teori, melahirkan lebih 5,000 graduan sejak tujuh tahun lalu.
- Inisiatif ini membantu golongan B40, OKU dan Orang Asli meningkatkan kerjaya, termasuk peluang menjadi pengurus restoran dan tenaga pengajar, tanpa ikatan kontrak selepas tamat program.