DREBAR
Akan datang: SUV kompak Honda terbaharu

Mungkin ramai yang dah tahu bahawa Honda Malaysia akan melancarkan SUV kompak model HR-V pada bulan Februari nanti. Yang pasti, jika anda sudah melihatnya – contohnya sekarang ini ia dipamerkan di pintu masuk Centre Court di Mid Valley – anda mungkin sudah tertarik dengan rekaannya yang begitu menawan.
Dari segi praktikalnya, ia membawa ciri-ciri praktikal seperti Honda CR-V, tetapi di dalam saiz yang lebih menghampiri Honda Jazz. Jika dilihat dari segi saingannya, Ford Ecosport adalah yang paling hampir, terutamanya dari segi saiz.
(Klik untuk saiz penuh)
Tidak pula jika dilihat dari segi teknikal. Honda Malaysia sudahpun mengesahkan bahawa HR-V yang bakal dilancarkan akan datang dengan enjin 1.8-liter i-VTEC SOHC yang dipadankan dengan kotak gear CVT berdasarkan teknologi Honda Dreams. CVT ini menggunakan pam pelincir transmisi elektrik (berbanding mekanikal) untuk menjamin kecekapan enjin yang lebih tinggi dan juga prestasi lebih optimal.

Berdasarkan HR-V yang sudahpun dijual di Thailand semenjak akhir tahun lepas, dan dengan kapasiti enjin yang sama, SUV kompak ini akan dibekalkan dengan sekitar 141hp dan 172Nm tork.
Ada banyak juga pembaharuan dari segi cara kabin direka – contohnya penggunaan brek tangan jenis elektrik dan bahagian tengah yang tinggi memisahkan kedua-dua penumpang hadapan (memberikan ruang simpanan lebih besar).
(Klik untuk saiz penuh)
Cara kerusi dibuat juga menjadikan ruang dalaman terasa lebih besar di samping menambahkan keselesaan.
Kerana ia berkongsi platform dengan model Jazz, model HR-V ini juga akan mempunyak tangki yang terletak di bahagian tengah (bawah tempat duduk hadapan); sekaligus membolehkan untuk ruang bagasi yang lebih besar.

Bukaan ruang kargo yang rendah – pada 650mm dari aras lantai – adalah antara yang paling rendah dalam kelasnya, juga memudahkan mengendalikan barangan keluar/masuk dari ruang ini. Sepertimana model Jazz juga, konfigurasi kerusi dapat diubah untuk menepati kargo yang perlu dibawa; 3 mod yang ada adalah Mod Utiliti, Mod Tinggi dan Mod Panjang.
Ciri keselamatan Honda HR-V baharu ini merangkumi bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Hill Start Assist (HAS), Isofix dan 6 beg udara (hadapan, sisi tingkap dan tepi)
Honda HR-V baharu ini sudah boleh mula ditempah di mana-mana 77 bilik pameran di seluruh negara. Dan jika anda terlepas peluang untuk melihat sendiri SUV kompak ini di Mid Valley, anda masih boleh lakukannya di lokasi-lokasi berikut: