BALING: Akaun Facebook milik Exco Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad digodam menyebabkan ia gagal diakses pentadbir akaun sejak Ahad.
Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, perbuatan itu menyebabkan lima akaun lain yang ditugaskan sebagai pentadbir halaman terbabit gagal diakses berikutan telah dinyahkan sebagai 'admin'.
Menurutnya, berdasarkan paparan, halaman terbabit kini telah ditadbir oleh tiga pemilik akaun Facebook dipercayai dari Vietnam berkemungkinan menggunakan akaun palsu.
"Facebook rasmi menggunakan nama Dato' Hj Najmi Hj Ahmad-Official dikesan telah digodam menyebabkan lima pentadbir tidak dapat mengakses halaman tersebut.
"Maklumat mendapati tiga akaun Facebook dari Vietnam sedang mengawal akaun rasmi milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang itu," katanya.
Mohd Sabri berkata, setakat ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan kembali akaun terbabit yang kini telah diikuti seramai 15,000 pengikut.
Bagaimanapun, halaman terbabit masih boleh diikuti pengguna Facebook lain seperti biasa.
Lima akaun pentadbir yang ditugaskan sebagai admin Facebook Dato'Hj Najmi Hj Ahmad-Official telah dibuang dan digantikan tiga akaun baharu disyaki dari Vietnam.
Katanya, PKWR Kupang kini menyediakan satu bentuk ganjaran kepada mana-mana pihak yang berjaya mendapatkan kembali akaun tersebut.
"Jumlah yang ditawarkan kita tidak dapat dedah atas faktor keselamatan, tetapi bagi mereka yang berjaya mendapatkan semula akaun Facebook tersebut, ada ganjaran menanti," katanya.
Beliau berkata, satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu sebagai rujukan pihak berkenaan.
"Kita bimbang pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam Facebook berkenaan menyalahgunakan akaun tersebut untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian itu disedari pada 4 Disember lalu kira-kira 1 pagi yang mana akaun Facebook salah seorang daripada admin telah digodam dan menjadikan satu akaun Facebook atas nama Phuc Linh sebagai admin bagi akaun Facebook Dato’ Hj Najmi Hj Ahmad-Official.
"Kemudian, pemilik akaun Facebook Phuc Linh telah membuang kesemua admin lain menyebabkan halaman terbabit dikawal suspek," jelasnya.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi iaitu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Dec 08 2021
Mohd Sabri menunjukkan laporan polis dibuat berhubung akaun milik Exco Kedah digodam. - Foto Sinar Harian
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
PADU: Bimbang data digodam
Orang ramai mengakui kurang jelas dan tidak diberikan pendedahan sepenuhnya mengenai keperluan untuk berbuat demikian.
Telegram Yang Dipertua Dewan Negara Wan Junaidi digodam
Akaun Telegram milik Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Discord.io digantung susulan kebocoran data pengguna
Seorang penggodam dilaporkan berjaya mencuri data peribadi 760,000 pengguna dengan tujuan untuk menjualnya.
Akaun Facebook EAIC digodam
Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) digodam hari ini dan tidak dapat diakses oleh semua pentadbir akaun.
Facebook rasmi Mohamad Sabu digodam
Laman sosial Facebook rasmi milik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu telah digodam kira-kira pukul 4 petang tadi.
Laman web Imigresen ditutup sementara
Perkhidmatan laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan.
Apple beri amaran kelemahan sistem membolehkan iPhone, Mac digodam
Apple dalam kenyataan hari ini menggesa pengguna mengemas kini perisian pada peranti iPhone, iPad, dan komputer Mac.
PM buat laporan polis akaun Telegram, Signal digodam
Akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan.
Akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam
Saifuddin berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.
TEKUN Nasional buat laporan polis sistem SPIM digodam - Noh Omar
TEKUN Nasional membuat laporan polis pada Rabu lepas susulan sistem permohonan dalam talian bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) dipercayai digodam.