awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan - RPO

Bernama
Bernama
10/07/2025
02:10 MYT
Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan - RPO
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor mengesan akaun palsu di Facebook yang menggunakan AI untuk memaparkan wajah dan suara Yang di-Pertuan Agong. - Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) mengesan satu akaun video palsu di Facebook yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memaparkan wajah dan suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Menurut RPO, video berkenaan disebarkan menerusi platform Facebook dengan menampilkan suara Seri Paduka Baginda, kononnya berkaitan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu seperti ini yang sering digunakan oleh sindiket penipuan di Facebook serta platform media sosial lain," menurut hantaran itu.
RPO turut menegaskan bahawa bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat, mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#kecerdasan buatan
#pelaburan
#akaun palsu
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan