awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN luar negara - Polis

Bernama
Bernama
30/05/2025
08:12 MYT
Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN luar negara - Polis
Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 selepas laporan dibuat oleh pejabat menteri. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digodam pihak tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) dari luar negara.

Ringkasan AI
  • Penggodaman akaun WhatsApp: Akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan VPN dari luar negara.
  • Tindakan suspek: Suspek menghantar pautan URL kepada semua kenalan dalam aplikasi tersebut, tetapi tiada mangsa dilaporkan mengalami kerugian.
  • Siasatan polis: Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 selepas laporan dibuat oleh pejabat menteri.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata selepas berjaya mengakses akaun WhatsApp berkenaan, suspek bertindak menghantar pautan URL kepada semua kenalan di aplikasi berkenaan.
"Setakat ini tiada mangsa dilaporkan mengalami kerugian. Tindakan pantas oleh pegawai-pegawai menteri yang melaporkan segera kejadian itu berjaya mengelakkan mana-mana individu terpedaya.
"Polis kini sedang giat menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Isnin lepas, Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan akaun WhatsApp milik Saifuddin Nasution digodam pihak tidak bertanggungjawab dan perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akaun WhatsApp
#Saifuddin Nasution
#digodam
#VPN
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami