MALAYSIA
Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN luar negara - Polis
Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 selepas laporan dibuat oleh pejabat menteri. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digodam pihak tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) dari luar negara.
Ringkasan AI
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata selepas berjaya mengakses akaun WhatsApp berkenaan, suspek bertindak menghantar pautan URL kepada semua kenalan di aplikasi berkenaan.
"Setakat ini tiada mangsa dilaporkan mengalami kerugian. Tindakan pantas oleh pegawai-pegawai menteri yang melaporkan segera kejadian itu berjaya mengelakkan mana-mana individu terpedaya.
"Polis kini sedang giat menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Isnin lepas, Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan akaun WhatsApp milik Saifuddin Nasution digodam pihak tidak bertanggungjawab dan perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penggodaman akaun WhatsApp: Akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan VPN dari luar negara.
- Tindakan suspek: Suspek menghantar pautan URL kepada semua kenalan dalam aplikasi tersebut, tetapi tiada mangsa dilaporkan mengalami kerugian.
- Siasatan polis: Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 selepas laporan dibuat oleh pejabat menteri.