Akhirnya, Musa Aman pulang ke Sabah, angkat sumpah petang ini?

Ruzaini Zulkepli, Fifi Harteeny Marzuki
September 5, 2018 05:28 MYT
Musa perlu mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga sebelum 11 September ini. - Foto Fifi Harteeny Marzuki
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, hari ini.
Musa yang tiba di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 12.40 tengah hari tadi.
Beliau tiba dengan pesawat khas yang difahamkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz pada jam 10.30 pagi tadi.
Sebaik sahaja tiba, Musa dilihat keluar dari pintu balai ketibaan lengkap berpakaian sut hitam, bersongkok dan berjambang.
Musa perlu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sebelum 11 September ini.
Lebih 1,000 penyokong Tan Sri Musa Aman menyambut kepulangan Musa dan dijangkakan beliau mengangkat sumpah sebagai ADUN hari ini.
Astro AWANI sedang memantau perkembangan terkini di platform digital dan Saluran 501 AWANI dari semasa ke semasa.
#ADUN Sungai Sibuga #KKIA #Musa Aman #Subang Jaya #Terminal 2 #UMNO