[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
GADGETS

'Akhirnya!' WhatsApp lancar mod gelap

Nursyazwani Saiful Sham 04/03/2020 | 12:31 MYT
Pengguna Android 10 dan iOS 13 sudah boleh menggunakan paparan mod gelap ini menerusi tetapan di gajet anda. Foto: WhatsApp
“AKHIRNYA!”

Itu reaksi netizen selepas aplikasi perkhidmatan pesanan WhatsApp melancarkan mod gelap atau dark mode.

Ia selepas Twitter, Instagram dan YouTube sebelum ini melancarkan mod gelap buat pengguna media sosial itu.

Rata-rata mereka gembira dengan mod gelap itu walaupun ia dikatakan mengambil masa yang lama walaupun selepas sistem media sosial yang lain sudah melancarkannya terlebih dahulu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagaimanapun, menerusi reaksi di Twitter juga, netizen yang menggunakan Android mengalami masalah untuk mengemaskini mod baharu itu.

Namun, sehingga kini WhatsApp masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu tersebut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, WhatsApp dalam satu kenyataan menerusi blognya mengumumkan penggunaan mod gelap kepada semua pengguna aplikasi mesej itu.

“Mod gelap yang dilancarkan masih menawarkan perkhidmatan yang sama seperti sebelum ini tetapi dengan paparan yang lebih selesa buat pengguna.

“Kami berharap mod gelap ini dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan pengguna terutama ketika dalam ruang gelap,” jelasnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

WhatsApp pada masa turut menggariskan dua fokus utama dengan pembaharuan ini iaitu kebolehbacaan dan penyusunan maklumat.

Bagi fokus kebolehbacaan, mod gelap ini akan membolehkan pengguna memilih warna yang sesuai berdasarkan sistem iPhone dan Android yang akan mengurangkan keletihan mata.

Bagi penyusunan maklumat pula, warna yang sesuai akan dipilih berdasarkan keutamaan maklumat yang dipaparkan.

Pengguna Android 10 dan iOS 13 sudah boleh menggunakan paparan mod gelap ini menerusi tetapan di gajet anda.
#dark mode #Instagram #media sosial #mod gelap #Twitter #WhatsApp #YouTube