awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akibat dendam, seorang lelaki mengamuk dan membakar kereta kenalan

Bernama
Bernama
03/11/2014
12:57 MYT
Akibat dendam, seorang lelaki mengamuk dan membakar kereta kenalan
Seorang lelaki ditahan selepas dia mengamuk sehingga menyebabkan kereta seorang peniaga terbakar
Seorang lelaki ditahan kerana mengamuk sehingga menyebabkan kereta seorang peniaga terbakar di Taman Emas di sini awal hari ini, kata polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata lelaki yang dikatakan kenalan peniaga itu dilapor meluru masuk ke rumah berkenaan pada 2.20 pagi ketika peniaga berusia 45 tahun itu sedang menonton televisyen manakala beberapa anggota keluarganya sedang tidur.
"Lelaki berumur 49 tahun itu mengamuk serta memaki hamun sebelum memecahkan pintu dan tingkap rumah berkenaan.
"Dia kemudian keluar (dari rumah) dan memecahkan cermin kereta mangsa sebelum membuka pintu pagar rumah lelaki berkenaan dan membawa motosikal miliknya ke belakang kereta mangsa serta membakar motosikal itu," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata api telah merebak menyebabkan bahagian belakang kereta Toyota Vios milik peniaga itu terbakar.
Abdul Rahman berkata tindakan pantas bomba dapat memadamkan api daripada terus merebak ke kediaman peniaga itu.
"Suspek berjaya ditahan oleh jiran mangsa yang melihat kejadian itu dan menyerahkan lelaki itu kepada polis," katanya.
Katanya lelaki terbabit kini ditahan untuk siasatan. Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit bertindak demikian berikutan marah dan dendam dengan mangsa.
Topic Berkaitan
#ACP Abdul Rahman Ibrahim
#Polis Daerah Seberang Perai Utara
#SPU
#Taman Emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan