MALAYSIA
Akibat pemandu diserang sawan, kren rempuh kereta

Insiden berlaku kira-kira jam 3.40 petang berhampiran sebuah stesen minyak di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Akibat pemandu diserang sawan, kren mudah alih merempuh sebuah kereta Proton Wira, sebelum menyeretnya sejauh kira kira 15 meter.
Bagaimanapun pemandu kereta yang berusia 35 tahun sempat menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari kenderaannya.
Insiden berlaku kira-kira jam 3.40 petang berhampiran sebuah stesen minyak di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Ketika kejadian, pemandu kren berusia 36 tahun dikatakan memandu kenderaan itu keluar dari tapak projek ke laluan di jambatan berkenaan secara melawan arus.
Insiden itu mengakibatkan pemandu kren mengalami kecederaan ringan pada bahagian dada, manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami