JOHOR BAHRU: Hanya kerana perselisihan faham, dua keluarga terlibat dalam satu pergaduhan di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas di sini pada Rabu.
Malah, pergaduhan yang turut menggunakan senjata itu tular dalam media sosial selepas seorang saksi di tempat kejadian dipercayai penduduk tempatan merakam kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata polis menerima laporan orang awam berkenaan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk pada jam 6.45 petang Rabu.
"Siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku antara dua buah keluarga berpunca daripada masalah peribadi.
"Kejadian tersebut telah dirakam seseorang yang tidak dikenali dan telah tular dalam media sosial.
"Berdasarkan risikan dan maklumat, pihak polis telah berjaya 10 suspek berusia antara 12 hingga 45 tahun.
"Kesemua suspek juga sudah diambil tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini pergaduhan tersebut yang melibatkan penolong setiausaha sebuah parti politik di Pulai bergaduh dengan sebuah keluarga di PPR berkenaan tular sebelum kejadian itu disiasat pihak polis.
Rupiah berkata, kompaun sudah dikeluarkan terhadap semua suspek di bawah Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.
"Pergaduhan yang berlaku pula sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata," katanya.
Katanya, polis menanggap kes berkenaan sudah selesai dengan tertangkapnya semua suspek.
Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP dan sebarang kejadian perlu dilaporkan ke balai berhampiran atau berhubung ke pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-556312222.
Artikel asal di Sinar Harian: Dua keluarga bergaduh guna senjata
Sinar Harian
Sat May 29 2021
Tular video pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk. -Foto Sinar Harian
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Anggota polis cedera ditumbuk, 10 lelaki direman bantu siasatan
Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) cedera dipukul sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Sri Rampai, ibu negara pada Jumaat.
Wanita warga emas ditemui maut dengan kecederaan di kepala
Pihak polis memberitahu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan seorang suspek sebelum kejadian.