KANGAR: Akidah yang bersih mampu menyelamatkan seseorang itu daripada syirik dan membawa kepada jalan hidup yang benar, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah syirik adalah "ibu kesalahan fikir" yang membawa seseorang ke arah cara berfikir yang salah dalam pelbagai perkara.
"Sementara khurafat atau kepercayaan yang tidak berasas hanya akan merosakkan fikiran manusia," titah baginda pada Majlis Penutup Perkampungan Sunnah Siri Kelapan di Masjid Alwi di sini pada Ahad.
Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, barisan exco kerajaan negeri dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah jika dibiarkan manusia akan mengharap kepada sesuatu yang tidak wujud ataupun tidak benar.
"Dalam membetulkan cara fikir seseorang insan, syirik dan khurafat hendaklah dibersihkan dari merosakkan akal fikirannya.
Maka tema Perkampungan Sunnah yang dipilih kali ini iaitu 'Membanteras Syirik, Menghapus Khurafat' mengangkat ketinggian intelektualisme atau keupayaan fikir dan kekuatan akidah umat Islam," titah baginda.
Baginda bertitah Islam adalah suatu agama yang meletakkan tauhid kepada Allah Aza Wajalla sebagai teras dalam penerimaan segala amal ibadah.
"Apa yang menggusarkan apabila sebahagian daripada umat ini melakukan perkara yang boleh menjerumuskan diri mereka kepada dosa syirik," titah baginda.
Baginda bertitah dalam berakidah, seseorang Muslim wajib menjadikan al-Quran dan al- Sunnah sebagai panduan dalam kehidupannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Baginda bertitah syirik adalah "ibu kesalahan fikir" yang membawa seseorang ke arah cara berfikir yang salah dalam pelbagai perkara. - Foto fail/BERNAMA

Kanak-kanak kes dera diserah kepada ibu kandung - Exco
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu di Jempol, akan diserahkan kepada ibu kandungnya.
Suara Rakyat: Ribuan penduduk beratur beli beras RM1
Di sebalik isu kekurangan bekalan beras dan peningkatan harga barangan dalam negara, penduduk di daerah Manjung Lumut, Perak hari ini cukup bertuah.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.

Permintaan beras putih tempatan di Kelantan meningkat hampir 50 peratus
Permintaan terhadap bekalan beras putih tempatan meningkat hampir 50 peratus di Kelantan susulan kenaikan harga beras import.

Laporan pasangan warga asing minta sedekah dirujuk kepada UNCHR, JKM
Polis akan meneliti jika ada pelanggaran undang-undang berkaitan insiden seorang wanita warga asing bertindak biadab selepas dibongkar meminta sedekah.

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.
SPRM mungkin panggil Radzi Jidin - Azam Baki
SPRM masih menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung siasatan dakwaan rasuah itu berhubung projek membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Pencapaian di Sukan Asia jadi indikator persediaan hadapi Olimpik 2024
Pencapaian pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi indikator penting dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Tentera Israel bunuh 2 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat
Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.

Majlis ilmu MADANI beri lebih kefahaman kepada konsep negara MADANI - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau

Akidah yang bersih, mampu selamatkan diri daripada syirik - Pemangku Raja Perlis
Baginda bertitah syirik adalah "ibu kesalahan fikir" yang membawa seseorang ke arah cara berfikir yang salah dalam pelbagai perkara.

Sultan Selangor dukacita dengan sikap tidak berhati-hati keluarkan kata-kata jejas akidah
Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan sikap dan tingkah laku segelintir individu umat Islam khususnya di Selangor yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.

Kerajaan pandang serius isu lelaki didakwa murtadkan wanita Islam - Zulkifli
Menurut Zulkifli, kes berkenaan kini dalam siasatan dan tindakan pihak polis.

Golongan tafsir al-Quran ikut keperluan peribadi perlu ditangani
Perkara itu perlu ditangani segera kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh meruntuhkan akidah, meruntuhkan institusi keluarga dan menimbulkan perpecahan.

Ketua Syiah Melaka giat sebar ajaran di Singapura
Ketua ajaran syiah di Melaka didakwa sedang bergiat aktif menyebarkan ajaran berkenaan di Singapura.

Muhyiddin: Hayati maksud patriotisme
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seluruh rakyat perlu memperluaskan penghayatan maksud patriotisme.