SHAH ALAM: Kehadiran dua kanak-kanak warga Korea yang sanggup berhimpit dengan orang ramai ketika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke program kenduri trak makanan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor berjaya mencuri tumpuan pemimpin negara itu.
Ismail Sabri yang menyedari kehadiran Ayman Inwoo Jeon, 10, dan adik perempuannya Minna Jeon, 7, sempat meluangkan masa bersama kedua-dua beradik yang hadir ke jelajah itu dengan ditemani ibu mereka Maryam Lee Eun Young.
Perdana Menteri juga sempat menyoal sama ada mereka boleh berbahasa Melayu dan Ayman mengangguk.
"Sekolah di mana?" tanya Ismail Sabri dan dibalas dengan jawapan tuisyen oleh Ayman.
Ketika ditemui Bernama selepas itu, Ayman berkata dia amat teruja serta bangga kerana dapat bertemu dengan Perdana Menteri walaupun dia dan adiknya dihimpit oleh kerumunan pengunjung.
"Saya nampak sekumpulan jurugambar sedang bertugas. Saya rasa teruja dan nak pergi tengok. Selepas itu, saya nampak lelaki (Perdana Menteri) berbaju putih sedang diambil gambarnya, jadi saya pun nak ambil juga.
"Saya terkejut apabila ibu saya memberitahu rupa-rupanya lelaki itu ialah Perdana Menteri Malaysia dan beliau sendiri memanggil saya dan sudi untuk mengambil gambar bersama saya walaupun beliau dah nak balik," katanya dalam Bahasa Melayu.
Terdahulu, lebih 1,000 pengunjung hadir untuk bersama-sama memeriahkan program kenduri trak makanan yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Pada program itu, Ismail Sabri turut merasmikan reruai COOP yang menjual lima barangan keperluan asas iaitu gula, minyak masak, tepung, beras dan ayam beku lebih murah berbanding harga pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Perdana Menteri Datuk Seri ismail Sabri Yaakob berucap ketika merasmikan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Negeri Selangor di Perkarangan Stadium Shah Alam. - Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AKM: Kanak-kanak warga Korea teruja dapat bergambar dengan PM
Ismail Sabri yang menyedari kehadiran Ayman Inwoo Jeon dan adiknya Minna Jeon, sempat meluangkan masa bersama kedua-dua mereka.
Kenduri trak makanan percuma AKM Selangor
Sebanyak 40 trak makanan pelbagai jenis juadah akan beroperasi Jumaat ini di pekarangan Stadium Shah Alam pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.
PM rasmi majlis penutup Jelajah AKM Perak
AKM adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas.
Pencapaian cemerlang kerajaan tidak bermaksud terhenti di situ - Abdul Latiff
Masih banyak lagi perkara yang dalam perancangan dan sedang dilaksanakan.
Polis Kelantan kutip saman RM1.48 juta dalam tempoh tiga hari
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata jumlah berkenaan membabitkan bayaran 57,781 saman yang dikeluarkan.
PM sampaikan surat tawaran IPT kepada pelajar
Perdana Menteri menyampaikan surat tawaran kemasukan ke universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti kepada pelajar di bawah program 'Jom Masuk IPT'.
Teras utama KDN perkukuh kawalan sempadan negara berjaya dicapai - Hamzah
Teras yang menggariskan tiga inisiatif ditetapkan kementerian itu berjaya dicapai menerusi kerjasama agensi-agensi di bawahnya.
Aspirasi Keluarga Malaysia: Rakyat boleh lihat kejayaan 100 hari semua kementerian, agensi kerajaan
Rakyat boleh melihat sendiri pencapaian Aspirasi 100 Hari semua kementerian dalam Program 100 Hari Aspirasi #Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini.
Pencapaian 100 Hari: KKR sudah berjaya laksana kesemua inisiatif
Inisiatif yang dilaksana mempunyai impak langsung kepada rakyat dari segi kualiti dan keselamatan pembinaan selaras motto KKR, iaitu Ke Arah Kesejahteraan Rakyat.
Diskaun saman trafik 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus, bermula esok hingga 12 Dis ini.