awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zakat MAINPP hampir capai sasaran kutipan zakat RM200 juta pada 2025
Ops Ambang Tahun Baharu: Polis keluarkan 12,437 saman
Agensi kemanusiaan PBB desak Israel batalkan larangan terhadap agensi bantuan kemanusiaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akmal Saleh selesai beri keterangan di IPD Dang Wangi

Bernama
Bernama
15/08/2025
21:15 MYT
Akmal Saleh selesai beri keterangan di IPD Dang Wangi
Muhamad Akmal berkata pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan kes berkenaan. - Facebook Pemuda UMNO Malaysia
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pukul 1.25 pagi tadi berhubung perhimpunan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis lepas.
Peguam kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, Aizat Azam berkata Muhamad Akmal memberikan kerjasama yang baik dan menjawab semua kira-kira 80 soalan yang ditanya pegawai penyiasat.
"Beliau (Muhamad Akmal) disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan IPD berkenaan selepas anak guamnya selesai memberikan keterangan.
Sementara itu, Muhamad Akmal berkata pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan kes berkenaan.
Katanya beliau tidak akan lari dan bersedia untuk menghadapi apa jua tindakan.
Terdahulu, Muhamad Akmal tiba di IPD Dang Wangi di sini pada 11 malam tadi bagi dirakam keterangan.
Semalam, polis mengesahkan telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung satu video tular menerusi platform Facebook atas nama Akmal Salleh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akmal Saleh
#IPD Dang Wangi
#Rakam keterangan
#perhimpunan di Kepala Batas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan