NATIONAL
AKPS gagalkan cubaan 64 warga asing masuk tanpa dokumen sah di KLIA

Operasi ini dilaksanakan mengikut Tatacara Kerja Piawai (ATKPI) bagi memastikan keselamatan sempadan. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan 64 lelaki warga asing memasuki negara ini tanpa memenuhi syarat kemasukan dalam satu operasi pemantauan berkala di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, semalam.
Ringkasan AI
- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan 64 lelaki warga asing memasuki Malaysia tanpa memenuhi syarat kemasukan dalam operasi pemantauan di KLIA Terminal 1.
- Seramai 57 warga Bangladesh, lima warga India dan dua warga Pakistan didapati tidak memenuhi syarat kemasukan, dengan sebahagian daripada mereka menggunakan dokumen palsu.
- Operasi ini dilaksanakan mengikut Tatacara Kerja Piawai (ATKPI) bagi memastikan keselamatan sempadan, dengan AKPS menegaskan komitmen untuk mencegah pencerobohan, penipuan dan ancaman lain.
"Beberapa individu turut dikesan menggunakan taktik penipuan bagi mengaburi pihak berkuasa, termasuk menggunakan dokumen palsu seperti tempahan hotel yang tidak sah serta tiket penerbangan pulang yang direka atau tidak wujud," menurut kenyataan itu.
AKPS memaklumkan operasi ini dilaksanakan selaras dengan Tatacara Kerja Piawai (ATKPI), Arahan Pentadbiran serta arahan semasa bagi memastikan tahap keselamatan dan kawalan sempadan sentiasa berada pada tahap tertinggi.
"AKPS menegaskan komitmen berterusan untuk memperkukuh usaha memastikan kedaulatan dan keselamatan sempadan negara terpelihara daripada sebarang unsur pencerobohan, penipuan serta ancaman lain," menurut kenyataan berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami