MALAYSIA
AKPS halang tujuh warganegara asing masuk Malaysia di Bukit Kayu Hitam
Empat daripada tujuh warganegara asing yang dihalang memasuki Malaysia di ICQS Bukit Kayu Hitam, semalam. -Gambar AKPS.
ALOR SETAR: Tujuh warganegara asing dihalang daripada memasuki Malaysia di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), mereka terdiri daripada warganegara Thailand, India, dan Laos.
“Kesemua individu terbabit terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita iaitu empat lelaki warga Thailand, seorang lelaki dan seorang wanita warga India, serta seorang wanita warga Laos berusia di antara 30-an dan 50-an,” tulis kenyataan agensi tersebut pada Selasa.
AKPS mengenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) terhadap mereka kerana disyaki bukan pelancong tulen dan gagal memenuhi syarat kemasukan sebagai pelawat.
Tindakan penolakan masuk ini dilaksanakan selaras dengan peruntukan Seksyen 8(3), Akta Imigresen 1959/63.
Siasatan turut mendapati sebahagian daripada mereka tersenarai dalam senarai syak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Kesemua individu diarahkan untuk berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama sejurus selepas notis dikeluarkan.
AKPS turut menegaskan akan terus komited memperketat kawalan di semua pintu masuk negara.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang cuba memasuki Malaysia secara tidak sah atau gagal mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan sempadan negara,” tulis kenyataan itu lagi.
Ringkasan AI
- Tujuh warga asing dari Thailand, India dan Laos dihalang masuk ke Malaysia di ICQS Bukit Kayu Hitam kerana disyaki bukan pelancong tulen dan gagal memenuhi syarat kemasukan.
- Mereka dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) dan diarahkan berpatah balik ke negara asal melalui laluan yang sama.
- AKPS menegaskan komitmen memperketat kawalan sempadan dan mengambil tindakan tegas terhadap cubaan masuk secara tidak sah.