MALAYSIA
AKPS mulakan pengambilan 220 bekas ATM Januari depan
Mohd Shuhaily berkata, inisiatif yang diumumkan di bawah Belanjawan 2026 itu akan dilaksanakan melalui kaedah lantikan berasaskan kontrak selepas peruntukan diterima. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan memulakan pengambilan 220 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berperingkat mulai Januari depan, kata Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Mohd Shuhaily berkata, inisiatif yang diumumkan di bawah Belanjawan 2026 itu akan dilaksanakan melalui kaedah lantikan berasaskan kontrak selepas peruntukan diterima.
"Semalam kami telah mengadakan pertemuan dengan para veteran ATM. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kita akan menggunakan model yang diguna pakai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak hampir empat tahun lalu.
"Ia pada asasnya melibatkan tugasan sokongan, manakala kuasa pelaksanaan akan dikongsi bersama pegawai AKPS," katanya.
Beliau berkata selepas mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar baru-baru ini, beliau telah diarahkan untuk melaksanakan inisiatif itu dengan segera.
"Justeru, pelaksanaannya dijangka bermula Januari 2026 selepas peruntukan disalurkan. Daripada keseluruhan 220 jawatan itu, pengambilan akan dibuat secara berperingkat," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 sebelum ini memaklumkan keutamaan akan diberikan kepada veteran ATM bagi mengisi keperluan tenaga kerja AKPS bagi kesiapsiagaan penuh agensi itu.
Sementara itu, mengulas pelaksanaan Sistem Saringan Penumpang Awal (APSS) yang bermula pada 31 Okt lepas, Mohd Shuhaily berkata sistem berkenaan kini berada pada fasa awal, dengan matlamat mengintegrasikan data Jabatan Imigresen dengan kemudahan di bawah APSS.
Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang mempunyai sekatan perjalanan supaya menyelesaikan isu berkenaan sebelum berlepas ke luar negara.
"Ini kerana sistem tersebut akan memberi makluman awal kepada AKPS, membolehkan kami menghalang individu yang mempunyai sekatan daripada meninggalkan negara," katanya.
APSS dilaksanakan bagi memperkukuh kawalan imigresen dengan meneliti maklumat penumpang sebelum ketibaan, sekali gus membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti individu berisiko tinggi lebih awal dan mengambil langkah proaktif meningkatkan keselamatan negara.
Pada Isnin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bagi fasa awal pelaksanaan APSS, 10 syarikat penerbangan terlibat bagi menguji keberkesanan sistem tersebut sebelum ketibaan penumpang di pintu masuk antarabangsa.
-- BERNAMA

#Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
#AKPS
#pengambilan veteran ATM
#Mohd Shuhaily Mohd Zain