MALAYSIA
AKPS patahkan cubaan seludup ubat tidak berdaftar bernilai RM85,000 di KLIA1
Menurut AKPS, bekalan itu dipercayai dibawa masuk untuk dijual dalam pasaran gelap kepada rakan senegaranya. - AKPS.
SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) patahkan cubaan menyeludup ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai lebih RM85,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1), pada Khamis.
AKPS dalam kenyataannya berkata, kejayaan itu bermula apabila pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang bertugas mengesyaki imej imbasan empat buah bagasi milik seorang lelaki warganegara Bangladesh.
“Hasil pemeriksaan terperinci, pasukan itu mengesahkan penemuan lebih 60,000 unit ubat-ubatan daripada 30 jenis berbeza yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Susulan itu, bagasi tersebut diserahkan kepada Pasukan Penguatkuasa Farmasi AKPS untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut AKPS, bekalan itu dipercayai dibawa masuk untuk dijual dalam pasaran gelap kepada rakan senegaranya.
“Antara rampasan utama termasuklah ubat-ubatan yang mengandungi racun terkawal dan psikotropik, 1,000 tiub krim anti-kulat serta 20,000 biji ubat rawatan gastrik,” katanya lagi.
Mengikut prosedur, barangan rampasan akan dilucut hak dan dilupuskan dalam tempoh sebulan.