awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
Empat kanak-kanak maut, tiga cedera dalam perlanggaran lori-trisikal di Filipina
Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS perketat kawalan zon transit susulan 141 pelawat asing dikesan masuk secara haram

Bernama
Bernama
15/07/2025
22:20 MYT
AKPS perketat kawalan zon transit susulan 141 pelawat asing dikesan masuk secara haram
AKPS memaklumkan kesemua 141 individu itu terdiri daripada 94 warganegara India, 41 Indonesia serta masing-masing tiga dari Sri Lanka dan Pakistan dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM). - Foto AKPS
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memperketat kawalan dan mengoptimumkan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di semua zon transit antarabangsa bagi mengekang sebarang cubaan lolos melalui kawasan terbabit.
AKPS memaklumkan langkah itu diambil susulan 141 pelawat asing dikesan cuba memasuki Malaysia secara haram dengan menyalahgunakan kemudahan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA Terminal 2, dalam operasi dijalankan Sabtu lepas hingga semalam.
Menurut AKPS, modus operandi utama yang dikesan adalah pengembara menempah tiket penerbangan sambungan ke negara ketiga untuk memberi gambaran mereka adalah penumpang transit tulen meskipun tidak berniat untuk meneruskan perjalanan.
"Terdapat sebahagian daripada mereka dikesan cuba keluar dari balai pelepasan transit dengan memberi pelbagai alasan seperti masalah kesihatan, kehilangan tiket, atau isu bagasi.
"Ada juga yang dikesan memohon Pas Khas tetapi kemudiannya menyalahgunakannya untuk tinggal lebih masa di dalam negara," menurut AKPS dalam kenyataan pada Selasa.
AKPS memaklumkan kesemua 141 individu itu terdiri daripada 94 warganegara India, 41 Indonesia serta masing-masing tiga dari Sri Lanka dan Pakistan dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM).
Menurut AKPS, kejayaan operasi itu hasil pemeriksaan rapi oleh pegawai penguat kuasa yang meneliti dokumen perjalanan, menyemak sejarah perjalanan, serta menjalankan temu bual mendalam terhadap pelawat yang menunjukkan tingkah laku mencurigakan dan tidak konsisten.
"Kesemua (warga asing) yang dikenal pasti, kini dalam proses untuk dihantar pulang menggunakan penerbangan terawal yang tersedia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CCTV
#AKPS
#penumpang transit tulen
#Pas Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan