MALAYSIA
AKPS perluas operasi di 125 pintu masuk antarabangsa tahun depan
Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tindakan itu bagi memastikan sistem kawalan dan fasilitasi sempadan yang lebih seragam, bersepadu dan efisien. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKPS) bakal memperluas tanggungjawab pengoperasiannya di 125 pintu masuk antarabangsa di seluruh negara menjelang Januari tahun depan.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tindakan itu bagi memastikan sistem kawalan dan fasilitasi sempadan yang lebih seragam, bersepadu dan efisien.
"AKPS kini sedang melangkah ke fasa kedua pelaksanaan iaitu pengambilalihan baki pintu masuk antarabangsa yang masih aktif di seluruh negara, fasa ini dirancang untuk dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai menjelang Januari 2026," katanya ketika berucap pada majlis sambutan setahun penubuhan AKPS di sini, hari ini.
Beliau berkata sejak beroperasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal tahun ini, agensi itu menumpukan usaha memperkukuh integriti dan kecekapan operasi serta pembentukan arah tuju strategik dan pelan pembangunan jangka panjang termasuk pengukuhan kapasiti sumber manusia.
Katanya selepas mula beroperasi penuh pada 1 Jan lepas, AKPS telah mengambil alih fungsi dan jawatan daripada enam agensi teras di pintu sempadan dan pusat pemeriksaan negara iaitu Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kementerian Kesihatan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Mohd Shuhaily berkata dalam tempoh setahun, antara pencapaian utama agensi itu adalah merangka dan mewartakan Akta AKPS 2024 (Akta 860) serta memulakan operasi rasmi di 22 pintu masuk darat, laut dan udara di bawah fasa pertama pelaksanaan akta tersebut.
Selain itu, katanya penyeragaman tatacara operasi (SOP) dan pembangunan kompetensi pegawai bagi memperkukuh profesionalisme dan integriti agensi turut dilaksanakan.
"Pada awal Oktober ini, seramai 1,053 pegawai JKDM diserapkan ke dalam AKPS menjadikan secara keseluruhan kekuatan anggota AKPS kepada 6,215 pegawai dan kakitangan.
"Ini membawa cabaran baharu kerana tugasan pemeriksaan barangan di 22 pintu masuk secara operasi diserahkan kepada AKPS, satu tanggungjawab baharu bukan sahaja kepada AKPS tetapi kepada KDN secara amnya," katanya.
Mohd Shuhaily berkata bagi hala tuju jangka panjang, agensi itu kini menyiapkan Pelan Strategik AKPS yang akan menjadi panduan utama dalam memperkukuh struktur organisasi, memperluas operasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
"Pelan strategik ini akan menggariskan lima agenda utama sebagaimana amanat Perdana Menteri iaitu fasilitasi perdagangan dan pelancongan, peningkatan hasil negara, penutupan ketirisan hasil kerajaan serta pengukuhan integriti dan profesionalisme pegawai," katanya.
Selain itu, beliau berkata AKPS turut memberikan keutamaan kepada pembangunan teknologi sempadan pintar melibatkan penggunaan sistem biometrik bersepadu, pengimbasan automatik kargo dan integrasi data masa nyata berasaskan kecerdasan buatan (AI).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- AKPS akan mengambil alih operasi di 125 pintu masuk antarabangsa secara berperingkat menjelang Januari 2026 bagi memastikan kawalan sempadan lebih seragam dan efisien.
- Sejak beroperasi, AKPS menyerap tugas enam agensi termasuk Imigresen dan Kastam, memulakan operasi di 22 pintu masuk serta menambah kekuatan anggota kepada 6,215 pegawai.
- AKPS sedang membangunkan Pelan Strategik jangka panjang dan teknologi sempadan pintar termasuk sistem biometrik serta pengimbasan automatik kargo.