MALAYSIA
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
AKPS menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kawalan dan pemeriksaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan biosekuriti serta pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas 49.5 kilogram benih tembikai bernilai RM141,143.15 menerusi pemeriksaan di Zon Perdagangan Bebas, di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam.
Ringkasan AI
AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemeriksaan itu dijalankan pada 12 tengah hari dan mendapati satu konsainan mengandungi komoditi produk pertanian benih tembikai dengan butiran pengimportan adalah tidak selaras dengan maklumat dikemukakan.
"Konsainan itu dipercayai dari Taiwan yang diimport oleh sebuah syarikat tempatan. Pemeriksaan disyaki terdapat maklumat mengelirukan dalam Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)," menurut kenyataan itu.
Kesemua barangan itu dirampas untuk siasatan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Menurut kenyataan itu, AKPS menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kawalan dan pemeriksaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan biosekuriti serta pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- AKPS merampas 49.5 kilogram benih tembikai bernilai RM141,143.15 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang, disyaki konsainan tidak selaras dengan maklumat import yang diberikan.
- Barang-barang tersebut dirampas untuk siasatan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
- AKPS menegaskan komitmen dalam memperkukuh kawalan dan pemeriksaan di pintu masuk negara demi keselamatan biosekuriti serta pematuhan undang-undang yang berkuat kuasa.