awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi lewat setakat Dis 2025 - Fadillah
Ringgit dijangka meningkat kepada 3.94 berbanding dolar AS menjelang akhir 2026 - AmBank
FAM nafi AFC ambil alih pentadbiran susulan dakwaan peletakan jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS rampas sosej tanpa kelulusan

Bernama
Bernama
15/10/2025
03:40 MYT
AKPS rampas sosej tanpa kelulusan
Pemeriksaan AKPS mendapati sebuah kenderaan awam cuba membawa masuk sejumlah besar makanan tanpa dokumen kelulusan yang sah serta tidak mematuhi pelabelan mengikut Akta Makanan 1983. - Foto BERNAMA
BUKIT KAYU HITAM: Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam merampas 974 kilogram (kg) pelbagai jenis sosej tanpa dokumen pengesahan import sah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.
Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasarudin M. Nasir berkata rampasan bernilai kira-kira RM14,000 itu dilakukan hasil pemeriksaan rutin anggotanya di laluan kenderaan awam (kereta) di kompleks berkenaan pada 6 hingga 7.10 malam.
"Pemeriksaan mendapati sebuah kenderaan awam cuba membawa masuk sejumlah besar makanan tanpa dokumen kelulusan yang sah serta tidak mematuhi pelabelan mengikut Akta Makanan 1983," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua barangan yang dirampas disimpan di setor sejuk untuk tindakan lanjut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Dalam kes berasingan, AKPS menolak kemasukan tiga warganegara asing kerana tidak memenuhi syarat kemasukan dan disyaki bukan pelancong tulen, di kompleks sama pada semalam.
Kesemua mereka terdiri lelaki warga India, Thailand dan Myanmar berumur 30-an dan telah diarahkan untuk berpatah balik ke negara asal masing-masing melalui laluan masuk yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS
#rampasan
#sosej tanpa kelulusan
#Bukit Kayu Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan