awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS terus diperkasakan, perkukuh kawalan sempadan negara

Bernama
Bernama
04/07/2025
15:52 MYT
AKPS terus diperkasakan, perkukuh kawalan sempadan negara
Shamsul Anuar berkata kawalan efisien di pintu masuk negara juga menjadi antara keutamaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan terus diperkasakan menerusi pelantikan kepimpinan baharu serta penugasan strategik selari dengan komitmen kerajaan untuk memastikan kawalan sempadan negara pada tahap terbaik.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata kementerian optimis dengan kemampuan Ketua Pengarah AKPS yang baharu Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain dalam menerajui agensi tersebut bagi menangani isu-isu keselamatan sempadan secara lebih berkesan.
"Kementerian telah memberikan beberapa tugasan dan tanggungjawab khusus kepada beliau dan saya yakin dengan keupayaan beliau untuk memastikan kawalan pintu masuk dan sempadan negara benar-benar kukuh," katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di sini malam ini.
Beliau berkata kerajaan turut mengambil kira pelbagai cabaran semasa melibatkan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan dalam menyusun semula peranan AKPS sebagai agensi utama kawalan sempadan.
"Kita mahu AKPS menyamai keupayaan agensi kawalan sempadan di negara-negara lain yang telah lama mewujudkan agensi seperti ini bagi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara," katanya.
Suhaily akan mengetuai AKPS untuk tempoh dua tahun hingga 30 Jun 2027 bagi menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang bersara wajib pada 10 Feb selepas berkhidmat di agensi tersebut sejak Januari 2024.
Shamsul Anuar berkata kawalan efisien di pintu masuk negara juga menjadi antara keutamaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan
#AKPS
#Sempadan Negara
#Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan