Apa Anda Dapat daripada Belanjawan 2026? Semak Di Sini!
MALAYSIA

AKPS tolak kemasukan 11 warga asing disyaki bukan pelancong tulen

Bernama 13/10/2025 | 02:20 MYT
Tindakan yang diambil itu menunjukkan komitmen berterusan AKPS dalam memastikan keselamatan dan integriti sempadan negara sentiasa terpelihara. - Gambar hiasan/BERNAMA
ALOR SETAR: Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) melakukan penolakan masuk terhadap 11 warga asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasarudin M Nasir berkata tindakan itu dilakukan selepas mereka didapati tidak memenuhi syarat kemasukan dan disyaki bukan pelancong tulen.

Katanya, mereka terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita warga India, dua lelaki warga Korea, seorang wanita Sri Lanka dan masing-masing seorang lelaki warga China dan Thailand berumur antara 20 hingga 30-an.

"Kesemua individu berkenaan telah diarahkan berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan yang diambil itu menunjukkan komitmen berterusan AKPS dalam memastikan keselamatan dan integriti sempadan negara sentiasa terpelihara.

-- BERNAMA

#warga asing #bukan pelancong tulen #AKPS #ICQS Bukit Kayu Hitam